Nampak Sangat Ini Lebih Kepada Perbuatan Khianat – Sufian Suhaimi

by Oh! Semput


HOME Posted on 11 Feb 2019 16:02:43


Entah kenapa, selepas kemenangannya di Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33), penyanyi Sufian Suhami dihimpit dengan satu demi satu kontroversi panas.

Sepanjang minggu lalu, foto mesra lelaki mirip Sufian bermesra dengan seorang gadis tular di media sosial sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi liar. Ada yang mula menggelar Sufian kaki perempuan dan macam-macam lagi.

Bagaimanapun, Sufian menganggap foto itu sengaja disebarkan untuk mensabotaj dirinya. Sufian turut menjelaskan beliau tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan gadis misteri itu.

Sejujurnya saya berasa ralat dengan perkara ini. Dalam masa sama, saya tak terkejut. Saya berasakan ini bukan satu isu besar dan tak perlu pun diperbesarkan. Kalau boleh berhenti beri perhatian pada isu ini. Tak nak ia jadi fokus orang ramai. Biarkan ia berlalu begitu saja. Sedangkan ada perkara lebih gembira ingin dikongsi.

Nampak sangat ini lebih kepada perbuatan khianat. Sampai sekarang saya masih solo. Saya berhak untuk berkawan dengan sesiapa saja.

Sabarlah Sufian, bukan semua orang senang dengan kejayaan kita dan ada kalanya mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan reputasi orang lain.

Berita : Harian Metro

Kredit Foto : Aqo Imran

SUMBER ASAL


Norlida Ishak Shop
Leave a Comment:

Related News