Nasib tidak menyebelahi Harimau Malaya - Cheng Hoe

by Oh! Semput


2
SHARES
29
VIEWS
Posted on 22 Mar 2018 19:03:36

MOHAMAD FIRDAUS ABDULLAH dan AHMAD FAZLI MOHD. YADI

22 Mac 2018 11:22 PM

KUALA LUMPUR - Harimau Malaya yang telah jatuh ke rangking 178 baru-baru ini terus buntu mencari kebangkitan semula selepas terikat seri 2-2 ketika bertemu pasukan Mongolia dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe mengakui anak-anak buahnya telah memberikan aksi yang cukup positif meskipun masih gagal menamat kemarau kemenangan di pentas antarabangsa.

“Pemain sudah beri yang terbaik, memberikan satu persembahan positif tapi malangnya nasib tidak menyebelahi kita tetapi saya optimis dengan pemain yang saya ada sekarang.

“Dua gol tadi kita lihat adalah berpunca daripada kesilapan individu dan kekurangan fokus dan pasukan ini masih belajar yang mana saya percaya kami boleh bermain dengan lebih baik pada akan datang,” katanya dalam sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Pada perlawanan tersebut, tuan rumah terlebih dahulu di depan pada minit ke-31 menerusi jaringan sendiri kapten pasukan Mongolia, Turbat Daginaa dengan menanduk bola masuk ke gawang sendiri hasil hantaran sepakan penjuru daripada Safawi Rasid.

Hasrat Safawi menambah jaringan pada minit (m-39) tidak kesampaian selepas rembatannya dalam kotak penalti sedikit tersasar.

Namun pasukan Mongolia kembali menyamakan kedudukan pada minit (m-43) menerusi jaringan Enkhbileg Purevdorj yang mengambil peluang selepas kesilapan Mohamad Fadhli Shas yang tergelincir semasa ingin membuang bola keluar padang.

Bersambung babak kedua, kemasukan Akhyar Rasid selepas ditukarkan dengan Mahali Jasuli ternyata membuahkan hasil selepas berjaya menjaringkan gol kedua buat Malaysia pada (m-65) menerusi rembatan kencangnya di luar kotak penalti.

Keselesaan tuan rumah tidak bertahan lama selepas Mongolia kembali menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma yang diambil oleh Gankhuyag Ser-Od-Yanjiv berjaya menewaskan penjaga gol Malaysia, Muhammad Haziq Nadzli pada (m-71).

Bagaimanapun kedua-dua pasukan terpaksa akur dengan keputusan yang terikat seri 2-2 sekaligus membuatkan pasukan Harimau Malaya terus tertekan selepas tidak berjaya menumpaskan pasukan pelawat yang rata-rata pemainnya hanyalah tergolong dalam peringkat semi-pro. - K! ONLINE

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts