Nazrul dari kumpulan Rabbani sakit, 2 buah pinggangnya rosak

by Oh! Semput


6
SHARES
80
VIEWS
Posted on 28 Mar 2020 22:01:06

BERITAmediacorp: Tidak ramai tahu atau perasan bahawa selama tiga tahun lamanya, anggota kumpulan nasyid terkenal Rabbani iaitu Mohd. Nazrul Azhar Bin Tamrin tidak lagi aktif menyumbang suara beliau bersama kumpulan nasyid popular itu kerana sakit.

Beliau pernah terbabit dalam satu kemalangan motor tiga tahun lepas sehingga ia banyak menjejas kesihatan beliau.

Kami dimaklumkan perkara ini oleh anggota kumpulan Rabbani iaitu Azadan Abdul Aziz ketika dihubungi baru-baru ini untuk mendapatkan perincian lanjut mengenai keadaan Nazrul yang ketika itu dirawat di Hospital Selayang, Kuala Lumpur. Beliau disebabkan oleh komplikasi buah-pinggang baru-baru ini.

Nazrul bagaimanapun baru keluar hospital lebih seminggu lalu dan keadaannya kini lebih stabil.


(Gambar-gambar ihsan: Azadan)

Bulan lalu Nazrul dimasukkan ke hospital setelah “muntah-muntah” di pusat dialisis ketika sedang menjalani dialisis untuk buah pinggangnya. Kata Azadan:

“Dua buah pinggang rosak. Yang terakhir dia buat dialisis darah, nampak lebih bertenaga. Tapi baru-baru ini berlaku komplikasi, jadi dialisis dihentikan. Kita pun tak sangka komplikasi mata pulak. Jadi sekarang kedua-dua mata tak berapa nampak.”

Ketika dimasukkan ke hospital kelmarin, Nazrul tidak boleh nampak langsung sebenarnya. Kini beliau sudah boleh nampak samar-samar sahaja. Kongsi Azadan lagi mengenai sahabat mereka itu:
“Kesian tengok dia dalam keadaan demam, dia macam meracau. Dia susah nak terima dia tak nampak. Saya tanya dia tiga atau empat kali pun dia macam lupa saya dan tanya siapa ini? Dia asyik ulang minta maaf sebab dia kata dia tak nampak."

Kini beliau semakin stabil cuma dikatakan bimbang dengan keadaan matanya yang hanya dapat melihat samar-samar sahaja.


Untuk pemindahan buah pinggang pula melibatkan kos yang tinggi mencecah beratus ribu ringgit, kongsi Azadan.

Buat masa ini Nazrul sudah boleh ketawa dan ceria sedikit meskipun “masih terpinga-pinga” bila Azadan datang melawatnya kerana penglihatan Nazrul belum pulih sepenuhnya.

“Kita kena beritahu dia siapa kita sebab mata dia masih belum nampak sepenuhnya.”

Mujur Nazrul masih boleh mengenali suara isteri serta anak-anaknya apabila mereka melawatnya.

Apa pula penilaian doktor mengenai keadaan mata Nazrul tanya BERITAMediacorp kepada Azadan?
“Kemungkinan besar doktor kata dia dapat melihat kembali tapi tidak tahu bila.”


Kini anggota Rabbani telahpun mendapatkan isteri kepada Nazrul iaitu Noorzila Mohd Noor untuk membuka akaun bank semasa di Maybank bagi sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan mereka kepada Nazrul.

Dana tersebut khusus untuk bantuan perubatan dan sara hidup Nazrul yang sudah tidak dapat bersama Rabbani selama tiga tahun disebabkan masalah kesihatannya.

Rabbani tidak pula mencari pengganti meskipun Nazrul tidak dapat menyertai kumpulan nasyid tersebut untuk sebarang persembahan selama tiga tahun lamanya.
“Kita tak gantikan sebab anggota Rabbani ramai. Selama ini pun selain Nazrul bermain percussion, dia juga uruskan kami, dia jadi P.A, dia jaga sound kami. Bila dia tidak ada, kita ganti anggota Rabbani yang lain. Tapi dari sudut pendapatan itu dia dapat sama macam anggota lain,” terang Azadan.


Rabbani masih terus meneruskan aktiviti mereka sehingga kini dan baru muncul dengan single terbaru bertajuk Rindu Baitullah.

Wakil Rabbani itu mengatakan, mereka mengalu-alukan sekiranya ada penganjur yang ingin menjemput Rabbani membuat persembahan agar mereka dapat membantu Nazrul juga secara tidak langsung.

“Kami perlukan aktiviti padat untuk sokong Nazrul. Memang dari pendapatan persembahan itu kami akan bagi sama rata semua. Nazrul akan dapat apa yang kami dapat,” ujar beliau.

Peminat di Singapura boleh juga hulurkan sumbangan jika ada yang berhajat berbuat demikian.

Azadan berharap agar Nazrul akan cepat sembuh khususnya untuk panca indera penglihatannya.

“Panca indera ini satu anggota yang penting untuk kerja-kerja amal dan kerja-kerja akhirat. Bila mata dia dah tak nampak , rasa saya sukar untuk dia teruskan kehidupan dia. Kami doakan yang terbaik untuk Nazrul supaya sihat sepenuhnya.

“Harap Nazrul tabah. Kami selalu berpesan anggaplah ujian ini sebagai satu asbab untuk Allah bagi dia rihat sebab selama ini dia dah banyak buat kerja-kerja yang melibatkan Rabbani.” 

- BERITAmediacorp/tq

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts