Neelofa dedah katil unik Bilal, peminat siasat harga – “Tempat tidur saja hampir RM20k…”

by Oh! Semput


6
SHARES
78
VIEWS
Posted on 20 May 2022 08:00:44

Sebut sahaja nama bekas pengacara MeleTOP, Neelofa pasti ramai mengenali, lebih-lebih lagi setiap yang ditunjukkan oleh aktres tersebut di media sosial sering menjadi perhatian warganet sejak bergelar seorang ibu.

Meskipun Neelofa masih belum mendedahkan wajah putera sulung yang diberi nama Muhammad Bilal, ramai orang geram melihat susuknya yang sangat montel dan putih gebu itu.

Terbaharu, perkongsian pelakon drama terkenal Suri Hati Mr. Pilot menerusi hantaran di Instagram Story yang memaparkan katil dan anaknya sedang tidur di situ tular di laman TikTok. Difahamkan, video tersebut dimuat naik semula orang salah seorang peminat aktres tersebut.

@seorangnur

MasyaAllah, membesar dengan sihat ya Bilal

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts