Nelayan tolak projek tambakan laut Pulau Pinang

by Oh! Semput


HOME Posted on 12 Jul 2019 10:01:53





Nelayan tolak projek tambakan laut Pulau Pinang


Hasnoor Hussain Hasnoor Hussain Dikemas kini 14 minit yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2019 9:47AM ·

PROJEK tambakan laut selatan Pulau Pinang (PSR) akhirnya dapat kelulusan kerajaan untuk diteruskan.

Kelulusan berserta dengan 72 syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Lebih kurang 200 nelayan dari Perak dan Pulau Pinang, bersama aktivis alam sekitar berhimpun di pintu masuk Parlimen semalam untuk membantah projek kontoversi itu.

PSR melibatkan pembinaan tiga pulau buatan di selatan Pulau Pinang di mana sebahagian pulau-pulau ini akan dijual sebagai modal untuk menampung kos projek di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP). 

PTMP ialah projek inisiatif kerajaan negeri dengan kos dianggarkan RM46 bilion, merangkumi terowong dasar laut menghubungkan bahagian pulau ke tanah besar, lebuh raya, LRT, monorel serta rangkaian laluan bas secara menyeluruh di bahagian pulau dan tanah besar. – 12 Julai, 2019.

Bendera tertera slogan menolak projek tambakan laut Pulau Pinang (PSR) di sebuah kampung nelayan di Teluk Kumbar. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 12 Julai, 2019.
Pemandangan di Teluk Kumbar, Pulau Pinang yang menempatkan beratus-ratus keluarga nelayan. Projek tambakan laut Pulau Pinang (PSR) melibatkan pembinaan tiga pulau buatan di selatan Pulau Pinang di mana sebahagian pulau-pulau ini akan dijual sebagai modal untuk menampung kos projek di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP). – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 12 Julai, 2019.
Seorang peserta memegang sepanduk semasa himpunan membantah projek tambakan laut Pulau Pinang (PSR) semalam. Lebih kurang 200 nelayan dari Perak dan Pulau Pinang, bersama aktivis alam sekitar berhimpun di pintu masuk Parlimen untuk membantah projek kontoversi itu. Lebih kurang 200 nelayan dari Perak dan Pulau Pinang, bersama aktivis alam sekitar berhimpun di pintu masuk Parlimen semalam untuk membantah projek kontoversi itu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 12 Julai, 2019.
Seorang nelayan di Teluk Kumbar, Pulau Pinang bersiap-siap untuk ke laut. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 12 Julai, 2019.
Nelayan di Teluk Kumbar mengumpulkan hasil tangkapan mereka selepas seharian di laut. Teluk Kumbar yang merupakan kawasan pembiakan hasil laut kaya dengan udang dan ketam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 12 Julai, 2019.
Seorang nelayan di Teluk Kumbar, meleraikan tali yang terikat pada botnya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 12 Julai, 2019.
Seorang nelayan membawa turun kotak berisi hasil tangkapan dari botnya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 12 Julai, 2019.
Nelayan di Teluk Kumbar, Pulau Pinang mengisi masa senggang bersama keluarga di waktu petang. Tidak kira cuaca baik atau tidak, nelayan ini terpaksa meredah untuk kelangsungan hidup. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 12 Julai, 2019.
Dua nelayan memeriksa jala sebelum mereka turun ke laut. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 12 Julai, 2019.
Nelayan di Teluk Kumbar, Pulau Pinang melepaskan lelah selepas seharian di laut. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 12 Julai, 2019.
Suasana tenang di Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Apakah suasana ini akan kekal apabila projek tambakan laut selatan Pulau Pinang dimulakan? – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 12 Julai, 2019.
Nelayan dari Pulau Pinang membawa ikan masin semasa bantahan terhadap  projek tambakan laut selatan Pulau Pinang (PSR) di Tugu Negara, Kuala Lumpur semalam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 12 Julai, 2019.

Daftar atau log masuk di sini untuk komen.

's

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...