by Oh! Semput

Paling biasa didengar adalah amalan melangkah menaiki pesawat dengan kaki kanan, dipercayai ia boleh mengelakkan kejadian tidak diingini.
Bagi seorang wanita di China pula, dia menimbulkan kekecohan apabila membaling beberapa keping syiling ke dalam enjin pesawat yang hendak dinaikinya, dan percaya amalan itu untuk 'memastikan penerbangan yang lancar'.
Namun, tindakan wanita yang dikenali dengan nama Qiu itu membuatkan penerbangan tersebut tertangguh beberapa jam.Huffington Post melaporkan, beberapa penumpang ternampak Qiu membaling syiling-syiling berkenaan ketika menaiki tangga untuk memasuki pesawat.
Para petugas telah menemui sekeping syiling di dalam enjin pesawat Airbus 320 China Southern Airlines itu, manakala lapan keping lagi di atas lantai.
Qiu, 80 tahun, disahkan tidak mengalami apa-apa masalah mental dan dilaporkan telah ditahan polis.