iQOO Neo12 Kini Rasmi Dengan Skrin AMOLED 185Hz Dan Bateri 9,000mAh

by Oh! Semput


2
SHARES
30
VIEWS
Posted on 29 Oct 2026 07:00:52

iQOO Neo12 kini rasmi di China sebagai model terbaharu dalam siri Neo yang memfokuskan prestasi permainan. Peranti ini hadir dengan beberapa peningkatan penting merangkumi paparan, sistem penyejukan dan kapasiti bateri bagi menawarkan pengalaman permainan yang lebih baik berbanding generasi sebelumnya.

Peranti ini menggunakan skrin AMOLED 6.83 inci 2K yang menyokong kadar segar semula 185Hz, kecerahan puncak 2200 nits, Dolby Vision dan HDR10+. Ia dijana cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan dengan memori sehingga 16GB RAM LPDDR5X Ultra dan storan UFS 4.1 sehingga 1TB. iQOO turut menyertakan cip gaming Q3 yang direka untuk meningkatkan prestasi grafik menerusi ciri seperti peningkatan resolusi, penjanaan bingkai tambahan dan ray tracing dalam permainan yang disokong.

iQOO turut menyediakan sistem penyejukan Ice Dome baharu yang menggabungkan kebuk wap bersaiz besar dengan kipas penyejuk aktif terbina dalam. Sistem ini dikatakan mampu meningkatkan aliran udara dan kecekapan pelesapan haba berbanding generasi terdahulu. Peranti ini turut menggunakan kamera utama 50MP Sony IMX921 dengan sokongan OIS, dipadankan dengan kamera ultra lebar 8MP serta kamera hadapan 16MP.

Neo12 juga dibekalkan bateri berkapasiti 9000mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W bagi memendekkan tempoh pengecasan. Ciri lain yang ditawarkan termasuklah pengimbas cap jari ultrasonik bawah skrin, pembesar suara stereo, NFC, Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4 serta penarafan kalis air dan debu IP68/IP69. Di China, iQOO Neo12 ditawarkan pada harga bermula RMB4,399 (~RM 2,682) untuk model asas.

Buat masa ini, peranti tersebut hanya diumumkan untuk pasaran China dan belum diketahui sama ada ia akan ditawarkan secara rasmi di Malaysia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts