Netflix Meningkatkan Harga Langganan Untuk Pengguna Malaysia — Kini Bermula Antara RM19.90 Sebulan Ke RM69.90 Sebulan

by Oh! Semput


4
SHARES
52
VIEWS
Posted on 12 Sep 2026 17:00:49

Netflix secara mengejut, kini mengumumkan kenaikan harga langganan yang melibatkan semua kategori pelan termasuk tambahan slot ahli untuk pengguna Malaysia. Berikut merupakan harga baharu langganan Netflix di Malaysia:

  • Mobile: RM19.90 sebulan (sebelum RM18.90)
  • Basic: RM33.90 sebulan (sebelum RM29.90)
  • Standard: RM55.90 sebulan (sebelum RM49.90)
  • Premium: RM69.90 sebulan (sebelum RM62.90)

Pelan paling asas ditawarkan pada harga RM18.90 sebulan sebelum ini, kini meningkat seringgit, menjadikannya pada harga RM19.90 sebulan. Netflix Basic pula meningkat menjadi RM33.90 sebulan berbanding RM29.90 sedia ada, meningkat sebanyak RM4. Pelan Netflix Standard pula meningkat RM6, iaitu daripada RM49.90 sebulan kepada RM55.90 sebulan. Pelan Premium pula meningkat daripada RM62.90 sebulan kepada RM69.90 sebulan, iaitu peningkatan sebanyak RM7.

Netflix menyatakan peningkatan harga ini adalah dalam memastikan mereka terus menambah-baik perkhidmatan mereka, disamping terus membolehkan mereka menambah katalog dengan siri TV dan filem baharu setiap minggu.

Selain itu, Netflix turut menyemak semula kadar untuk slot ahli tambahan. Bagi pelan Standard, pengguna boleh menambah satu slot ahli dengan caj RM14.90 sebulan (sebelum RM13.00). Sementara itu, pelan Premium membenarkan sehingga dua slot ahli tambahan, setiap satu dikenakan caj RM14.90 sebulan (sebelum RM13.00).

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts