Netizen Dakwa PU Azman Pakai Baju Perempuan, Betul Ke Ni?

by Oh! Semput


HOME Posted on 11 Feb 2019 19:00:05


Asraf Aided
Hiburan
Netizen Dakwa PU Azman Pakai Baju Perempuan, Betul Ke Ni?
Pendakwah bebas dan Pencetus Ummah (PU), Azman berkongsi foto mengenakan pakaian tradisi kaum Cina.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya buat tatapan umum.

"Ada beza antara pakaian bangsa dengan pakaian ibadat.

"Kita dibenarkan untuk memakai pakaian bangsa tetapi dilarang memakai pakaian ibadat agama lain.

"Bangsa adalah anugerah Allah sedangkan agama atau aqidah adalah urusan yang perlu dipilih dengan tepat oleh manusia, sesama muslim, kita membawa identiti bangsa yang berbeza," tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang ditulis Azman.

Lebih menarik lagi apabila seorang netizen berseloroh mengatakan baju yang dipakai Azman dalam gambar di entri tersebut kelihatan seperti baju wanita.

"Ini baju perempuan ustaz," tulis netizen terbabit.

Tidak berdiam diri, Azman membalas komen itu.

"Tak pasti sama ada kamu atau orang kedai itu menipu saya," tulisnya.
 


Azman mula terkenal selepas menjuarai program Pencetus Ummah musim kedua dan membuat kemunculan menerusi lakonan dalam beberapa drama dan telefilem tempatan.

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...