by Oh! Semput
Ikutkan aku cuba mengelak mengulas perihal polemik EL ni.
Tapi apabila memikirkan perihal dana awam yang bagi aku sangat sensitif.
Ianya tidak boleh dibentangkan dengan sekadar mainan emosi dan airmata.
Ianya juga bukan tentang mempersoal keihklasan. Tapi tentang mempersoal ketelusan.
Ianya bukan tentang kisah rekayasa. Tapi tentang kisah berfakta.
Berhak kah aku menyoal? Ya. Sebab aku juga pernah menyumbang ke akaun Pertubuhan Kasih Umat Malaysia.
1. Sengaja aku shortform EL sebagai bukan Ustaz. Dan Nadir sebagai Ustaz. Kerana faktanya adalah Ebit Liew bukan jurusan agama. Sedangkan Ustaz Nadir lepasan agama. Cuma branding mereka berbeza. Persepsi tercipta.
2. Aku menonton hampir keseluruhan Live EL mahupun Ustaz Nadir. Live EL penuh dengan emosi dan penceritaan. Live Ustaz Nadir fakta dan angka
3. Kehidupan Ustaz Nadir hanya cukup makan. Dia declare dia bukan orang bisnes. Harinya sibuk dengan kerja NGO. Tak sempat pun nak fikir tentang bisnes dan buat duit.
4. EL pula merupakan seorang usahawan. Tidak hairan kehidupan beliau serba cukup dan mewah. Namun kemewahan ini lagilah menimbulkan persoalan. Katanya income dari bisnes. Aku pula orang bisnes dan suka kira2.
5. Aku advance search kan perniagaan EL. Terkejut! Tiada satu pun perniagaan beliau yang mempunyai rekod Audit. Malah syarikat ada kaitan dengan EL dan bertaraf Sdn Bhd sebelum kemunculan NGO beliau cuma ada 1. Iaitu Paramount Cuisine Sdn Bhd didaftarkan pada 2018 (Seperti digambar).
Itu pun bukan milik EL. Malah tidak pernah menghantar laporan audit. Walaupun audit adalah wajib sebagai satu entiti syarikat
Edited 11.00pm : Dah jumpa audit report berakhir 2019. Running at lost sejak incorp
(Mungkin ada syarikat yang aku terlepas pandang. Tapi ada 6 rekod syarikat yang ada dalam simpanan aku sekarang)
6. kewangan utama EL berdasarkan fakta adalah dari training dan ceramah. Syarikat masih aktif. Transform Training & Consultancy. Didaftarkan semenjak tahun 2012. Cuma revenue should be merudum teruk dek kerana Covid. Bertaraf enterprise. Jadi tak pelik tiada audit.
Tambahan info. Edited @ 8.21pm : Hasil ada rakan yang PM. Syarikat bertaraf Sdn Bhd untuk training. Transform Education & Training Sdn Bhd. Di daftarkan pada 2018. EL memegang 70% share. Juga setakat ini tiada laporan audit ditemui.
Edited 11.00pm : Dah jumpa audit report berakhir 2019. Net profit cuma RM396,333.00
Nota tambahan : Dikhabarkan oleh rakan aku. Rate ceramah/motivasi EL sebelum Covid adalah RM8,000/jam.
7. Sebaliknya CGM cuma NGO. Tidak wajib menghantar audit report. Namun tanpa culas CGM berjaya menghantar audit report setiap tahun.
Direkodkan hanya 2-3% caj pengurusan diambil. Jaaauhhhh dari yang dibenarkan iaitu 30%.
Edited 10.41pm : Seksyen 26 Akta Pertubuhan menyatakan NGO pun wajib audit akaun dan hantar ke ROS melalui sistem eROSES
8. Aku orang bisnes. Orang kira2. Sedangkan dalam cost structure bisnes pun biasa letak 10% as kos tetap. Diorang buat 3%. Salute! Gaji diambil sangat minimal!
9. Cara kerja CGM sangat sistematik. Tender terbuka. Siap dengan laporan bertulis. Honestly aku amaze gila dengan cara kerja team dia. Kalah orang yang buat bisnes.
10. Cara kerja dokumentasi team Pertubuhan Kasih Umat Malaysia (PKUM) aku tak sure. Tidak pernah dibentangkan. Tapi kalau ikutkan rekod mereka sebelum2 ini. Cara mereka adalah terjah dan sumbang. Yang penting ada gambar bersalut penceritaan penuh emosi. Lagi satu, Website diorang pun aku gagal ditemui
11. Di dalam LIVE tadi. Nampak ketara Ustaz Nadir mengelak untuk menyebut nama EL. Dia juga konsisten menggunakan kata ganti “kami” apabila membawa nama NGO nya.
12. Ustaz Nadir malah NGO2 lain apabila melakukan sumbangan akan menggunakan kata ganti “kami” mewakil NGO yang diwakili. Sedangkan EL akan menggunakan kata ganti “saya”. Sedangkan duit itu adalah duit orang ramai. Diwakilkan kepada NGO. Ciri2 “keakuan” ini bagi aku adalah tidak molek.
Selaku orang yang berfikir berdasarkan fakta. Banyak persolan aku terjawab oleh Ustaz Nadir dengan fakta beliau. Namun jawapan EL cuma menambahkan lagi persoalan demi persoalan dalam kepala aku ni. Antaranya.
1. Apabila income dari semua bisnes sangat slow ataupun terhenti. Dari mana datangnya income EL? Selain daripada NGO yang menjadi fokus beliau ketika PKP1.0 bermula.
2. Adakah NGO ini memang aktif hanya selepas COVID? Masa yang sama income hakiki EL terhenti?
3. Ada 2 syarikat Sdn Bhd yang didaftarkan pada tahun 2020 selepas NGO PKUM viral. ELEWS DESIGN SDN BHD dan ELEWS MART SDN BHD. Dari mana datangnya duit untuk CAPEX dan OPEX syarikat ini?
4. EL menggunakan duit sendiri kenalan rapat untuk misi Gaza. Ke mana pergi du
it orang ramai yang sumbang untuk Gaza? Juga again. Dari mana datangnya duit sendiri beliau? Sedangkan income bisnes beliau drop teruk
5. Apakah langsung tiada dokumentasi ataupun cost breakdown untuk setiap projek yang dijalankan? Tak kisah di Malaysia ataupun Palestine.
Banyak lagi persoalan lain. Aku sangat alukan kalau korang boleh kongsi jawapan bagi persoalan2 aku di atas.
Aku rasa aku berkongsi rasa dengan ramai kawan2 aku yang lain. Ramai yang sangat sayang dan sokong usaha kebajikan EL sebelum2 ini pun.
Cuma apabila ianya melibatkan fakta dan ketelusan. Ianya tidak mampu dibayar dengan cuma airmata dan cerita.