Newcastle United Kini Kembali Ke Liga Perdana Inggeris (EPL)

by Oh! Semput


3
SHARES
45
VIEWS
Posted on 25 Apr 2017 02:00:40

LONDON 24 April – Selepas semusim disingkirkan dari Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle kembali ke kancah paling elit bola sepak domestik England itu dengan bergaya hasil kemenangan 4-1 ke atas Preston awal pagi ini.

Skuad bimbingan Rafa Benitez yang pernah membimbing Liverpool dan Real Madrid sebelum ini melayakkan diri lebih awal selepas berjaya memastikan kedudukan mereka berada dalam kelompok dua teratas Liga Kejuaraan itu.

Sudah tentu paling gembira dan puas adalah Benitez yang memperjudikan nasibnya dengan mengambil keputusan kekal sebagai pengurus biar pun selepas Newcastle tersingkir daripada EPL musim lalu. – AFP

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts