save 2.0

Nilai Bitcoin Menurun Secara Drastik – Kini Dibawah RM200,000

by Oh! Semput


HOME Posted on 23 Feb 2021 22:01:59



Nilai Bitcoin kini dilihat memperlihatkan penurunan secara drastik selepas menghampiri nilai RM250,000 pada malam semalam.

Terbaru, mengikut semakan semasa, nilai Bitcoin adalah sekitar RM190,000 – dan memperlihatkan penurunan yang agak pantas berbanding sebelum ini.

Selain Bitcoin, beberapa kriptowang dan token lain turut terkesan dan memperlihatkan penurunan nilai masing-masing.

Penurunan ini dilihat disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk salah satunya adalah disebabkan oleh perkongsian Elon Musk mengatakan nilai Bitcoin dan token yang dilihat agak “tinggi” akhir-akhir ini.

Buat masa ini, terdapat beberapa hujah berkaitan Bitcoin. Ada yang mengatakannya mempunyai nilai, sementara ada yang mengatakan Bitcoin tidak mempunyai nilai dan merupakan salah satu “bubble” terbesar di pasaran.

tudung sekolah

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News