“Dia Nobita kesayangan saya..” – A. Aida puji lakonan Ismail Izzani jadi hero

by Oh! Semput


16
SHARES
211
VIEWS
Posted on 03 Jun 2023 17:00:45

Kini, drama Bukan Hanya Sekadar Cinta (BHSC) lakonan Ismail Izzani digandingkan bersama Sofia Dendroff sedang ditayangkan di kaca televisyen dan penstriman dalam talian, iQiyi.

Bagaimanapun, pemilihan Ismail sebagai hero drama tersebut mendapat pelbagai kritikan dan dikatakan tidak sesuai sehingga ada yang menyamakannya seperti watak Nobita dalam siri animasi popular Jepun, Doraemon.

alt

Akan tetapi, lain pula pandangan penerbit drama tersebut iaitu Datuk A. Aida yang mengatakan perkara tersebut tidak seharusnya dijadikan sebagai isu.

Ini kerana Ismail atau nama sebenarnya Ismail Izzani Zainal Nazeri seorang pelakon yang berbakat dan tidak perlu dipertikaikan lagi.

“Kalau netizen nak cakap dia macam Nobita, terserahlah. Tapi, dia adalah Nobita kesayangan saya sebab lakonannya memang tidak perlu dipertikaikan lagi.
“Mail (Ismail) seorang pelakon yang bagus. Nobita pun Nobita lah. Tapi dia Nobita yang comel. Paling penting lakonannya memang sempurna,”ujarnya.

alt

Aida juga turut mempersoalkan pegangan netizen sebelum ini yang pernah mengutuk dirinya mengenai kenyataan mahu mencari pelakon kacak dan cantik.

Ujarnya, pemilihan aktor berusia 22 tahun itu adalah kerana bakatnya selain tidak teragak-agak untuk menawarkan lagi lakonan kepada Ismail.

“Dah dulu semua orang cakap saya ni memilih rupa. Sekarang ni ternyatakan A. Aida tidak memilih rupa. Betul tak? Maknanya netizenlah yang pilih rupa.
“Bagi saya, saya mementingkan bakat juga. Lakonan Mail memang sampai. Dia seorang pelakon yang natural.
“Saya memang puji sikap dan lakonan Mail dan saya tidak akan teragak-agak untuk mengambilnya berlakon semula,”katanya lagi.

alt

Sebelum ini, Ismail Izzani yang juga seorang penyanyi menjadi bualan ramai apabila penampilannya bagi babak di majlis persandingan bersama heroin drama BHSC dikatakan seperti Nobita dan Sizuka dalam kehidupan realiti.

@miniredeyla

Epi 4 guys #bukanhanyasekadarcinta #aaidaproduction #akasiatv3

SUMBER ASAL

MONTOKS SERUM (10ml)
MONTOKS SERUM (10ml)
Shop Now
SACE LADY Lipstick Waterproof Color Liptint
SACE LADY Lipstick Waterproof Color Liptint
Shop Now
MIX COKLAT ARAB
MIX COKLAT ARAB
Shop Now

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Panduan Borong China
Popular Posts