Nokia Melancarkan Sebuah Lagi Televisyen Pintar Android TV

by Oh! Semput


14
SHARES
184
VIEWS
Posted on 04 Jun 2020 10:07:17

Disember tahun lalu, Nokia melancarkan televisyen pintar pertama mereka yang menggunakan sistem operasi Android TV. Hari ini mereka melancarkan sebuah lagi model dengan skrin sebesar 43″ yang lebih kecil berbanding 55″ sebelum ini,

Dari segi spesifikasi, skrin LED televisyen pintar ini menyokong paparan 4K HDR Dolby Vision dengan keterangan maksimum 300 nits. Ia dijana cip CA53 empat teras, memori sebesar 2.25GB RAM dan storan sebesar 16GB. Selain itu ia dilengkapi sistem pembesar suara JBL Audio yang menyokong audio Dolby dan DTS.

Apa yang kami rasakan mengecewakan ialah ia masih menggunakan Android TV 9 dan bukan versi terkini di samping menyokong hanya WiFi 2.5 GHz. Di India televisyen pintar Nokia ini dijual pada harga INR 31,999 (~RM 1810).

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts