by Oh! Semput
Pelakon Norish Karman memberi penekanan serius terhadap pendidikan agama dalam keluarganya dengan menetapkan rutin harian yang konsisten buat semua anak-anak. Menurutnya, setiap daripada lapan orang anak diwajibkan membaca al-Quran di hadapannya pada setiap malam sebagai asas pembentukan rohani.

Memetik laporan Berita Harian, Norish turut menetapkan amalan solat sunat dua rakaat sebelum tidur sebagai kewajipan harian yang tidak boleh diabaikan. Baginya, asas agama perlu dipupuk sejak kecil agar anak-anak membesar sebagai Muslim yang berpegang teguh kepada ajaran Islam.
Tambah Norish, amalan harian keluarga itu tidak terhenti di situ, malah diteruskan dengan bacaan surah-surah tertentu secara berjemaah.
Selepas menunaikan solat bersama, mereka akan meluangkan masa membaca surah Yasin dan surah Al-Kahfi sebagai rutin berterusan.

Dalam pada itu, pelakon filem Sayang Salmah ini turut menasihatkan anak-anak lelakinya agar memilih pasangan hidup berdasarkan pegangan agama. Katanya, keutamaan perlu diberikan kepada bakal isteri yang memiliki ilmu agama yang kukuh.
Beliau turut menegaskan bahawa peranan seorang isteri amat besar dalam mencorakkan masa depan sesebuah keluarga, khususnya dalam mendidik anak-anak.
Artikel lain: Hidup serba kekurangan, Norish Karman terima duit puluhan ribu hasil ‘live’ dengan Aliff Syukri
: Berita Harian (Serimah Mohd Sallehuddin)