by Oh! Semput
Pelakon Norreen Iman meluahkan rasa gusar terhadap nasib jemaah umrah yang dilaporkan terkandas di Jeddah dan Madinah susulan ketegangan geopolitik melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran.

Screenshot
Menerusi satu perkongsian di Threads, Norreen berkata hatinya terdetik untuk bertanya mengenai keadaan jemaah yang terjejas selepas menonton sebuah video memaparkan situasi mereka di Tanah Suci.
Menurutnya, ada jemaah yang difahamkan tidak ditanggung kos penginapan oleh pihak penerbangan, manakala agensi pula hanya mampu menyediakan tiket penerbangan pulang tanpa menampung keseluruhan perbelanjaan sepanjang tempoh terkandas.


Dalam hantaran sama, Norreen turut menyeru orang ramai agar membantu menyalurkan maklumat kepadanya sekiranya mengetahui mana-mana jemaah Malaysia yang memerlukan bantuan segera di sana.
Malah dia juga turut meluahkan kebimbangannya terhadap emosi jemaah yang berkemungkinan berada dalam situasi tertekan.
Tindakan pelakon itu menerima reaksi positif warganet yang memuji keprihatinannya serta menyifatkan usaha tersebut sebagai satu bentuk solidariti rakyat Malaysia terhadap jemaah yang terkesan.
Artikel lain: Kongsi gambar suami, Noreen Iman nafi rumah tangga bergolak
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi lanjut mengenai jumlah sebenar jemaah yang terjejas, namun isu berkenaan menjadi perhatian susulan perkembangan semasa di Timur Tengah yang memberi kesan kepada jadual penerbangan antarabangsa.