Nostalgia Ampang Park Dulu pak cik mak cik dating kat sini – KLMJ warga kota

by Oh! Semput


3
SHARES
33
VIEWS
Posted on 31 Dec 2017 12:00:29

KUALA LUMPUR: Ampang Park — bukan sekadar sebuah pusat membeli-belah, tetapi ia juga menjadi satu titik pertemuan, perpisahan dan pelbagai kenangan sepanjang 44 tahun buat warga kota.

Malah bangunan ini juga menjadi saksi percintaan jutaan pasangan dan juga saksi peredaran zaman anak muda menjadi dewasa.

Bagi pasangan suami isteri, Idris Adnan dan Nurshamsina Muhd Saleh, kunjungan mereka berdua pada hari terakhir operasi kompleks beli-belah tertua di Kuala Lumpur hari ini tentunya mengimbau pelbagai kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Di sinilah mereka mencari cinta, menghiburkan hati, membeli barang keperluan dan mencari rezeki.

“Ampang Park yang paling dirindukan adalah ketika saya masa muda dulu, di tingkat atas ada pusat permainan video. Di situlah dari muda hingga berkahwin dan ada anak saya ke sini.

“Nostalgianya, masa kecil-kecil dulu, nak ke Ampang Park, kami jalan kaki dari Keramat kemudian lalu balai polis Damai, ikut sungai.

“Jadi hari ini semua kenangan dulu itu datang balik,” jelasnya yang turut mengakui kecewa dengan keputusan perobohan bangunan berkenaan.

Apabila ditanya adakah Ampang Park menjadi lokasi percintaan mereka. Mereka berdua ketawa serentak seraya menjawab ya.

Dating? Haha ada jugalah, sebab ada pusat game di atas tu, kan,” ujar mereka berdua.

Sementara itu, bagi Abdul Aziz Abdul Rahman, Ampang Park sentiasa menjadi titik pertemuannya bersama rakan-rakan.

Ampang Park juga tempat dia menghabiskan aktiviti di waktu remajanya.

“Dulu di zaman sekolah, selalu diadakan gig di sini, selain itu di sini juga keluarga akan bawa saya untuk beli keperluan baju raya.

“Paling dirindukan mengenai Ampang Park, tempat inilah yang selalu menjadi lokasi pertemuan utama, tempat lepak masa remaja dan tempat warga Kuala Lumpur seusia saya membesar,” jelasnya. 

Kompleks Ampang Park akan ditutup bermula esok, 1 Januari 2018 bagi memberi laluan kepada pembangunan infrastruktur bandar raya.

Kompleks ini dibina pada 1972 dan dibuka kepada orang ramai pada 15 Mac 1973, menjadikannya pusat beli belah pertama di Malaysia dengan keseluruhan 250 lot premis yang menjual pelbagai jenis barangan keperluan dan kehendak selain perkhidmatan untuk warga kota.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts