Nothing phone (1), Pesaing iPhone Yang Berupa iPhone

by Oh! Semput


2
SHARES
26
VIEWS
Posted on 23 Jun 2022 12:00:25

Dalam acara Nothing sebelum ini, Carl Pei berkongsi azamnya dengan berkata mereka sedang membangunkan alternatif pada Apple yang paling menarik.

We’re building the most compelling alternative to Apple," kata beliau.

Ini menjelaskan bahawa Nothing tidak dicipta untuk menyaingi OnePlus tapi sebaliknya meletakkan Apple sebagai pencabar utama.

Ia satu cita-cita murni, sebagai peminat teknologi yang menggunakan beberapa peranti Apple tapi mendakwa diri berjiwa Android, saya sangat menyokong usaha mereka.

Walaupun saya agak tidak gemar dengan segala hype dibawakan Nothing, tapi bagus untuk mereka terus mencabar Apple kerana jika satu siri/peranti Android setanding iPhone, ia satu rahmat bagi pengguna.

Saudara MKBHD baru saja menerbitkan video menunjukkan telefon pertama Nothing dan seluruh tubuh telefon itu didedahkan.

Walaupun muak dengan hype, tapi panel belakang yang lutsinar dan hadir dengan lampu pelbagai bentuk sebegitu memang menarik dan buatkan saya teruja dengan model ini.

Yang paling menarik ialah lampu pengecasan dan rakaman (warna merah). Ada beberapa nada dering yang dikustomasi bersama pencahayaan di belakang yang mungkin juga nilai jualan untuk pengguna.

Ia memang agak fancy dan mengada tetapi disebabkan ia antara terawal, agak menarik. Kita nantikan juga sama ada telefon seterusnya akan membawa identiti yang sama.

Perkara lain yang saya suka dan ia juga menampakkan seakan-akan iPhone ialah bucunya yang tumpul. Antara peranti Android dan iPhone, memang jelas iPhone ada bucu yang paling bulat dan masih banyak Android berbucu tajam dan petak, contohnya Galaxy S22 Ultra.

Walaupun memang banyak sudah telefon Android hadir dengan rekaan bucu ini, tetapi digabungkan dan bahagian tepi yang rata, ia dilihat sangat mirip dengan iPhone 12. Bucunya juga pada saya lebih membulat daripada kebanyakan telefon Android hari ini.

Selain itu, susunan lensa belakangnya terus mengingatkan saya pada modul kamera pada iPhone X yang kemudian diwarisan pada siri seterusnya.

Bukan itu saja, bahagian tepinya yang rata seperti iPhone 12 juga langsung membuatkan pengguna nampak ia sangat jelas seakan-akan iPhone.  Dulu, iPhone 6 hingga iPhone X membawakan reka bentuk tepi yang melengkung, tapi siri iPhone 12 kembali ke reka bentuk tepi yang geometri.

Apa-apapun, Nothing mengiklankan bahawa perisian mereka akan menjadi antara yang terbaik dan kita juga dapat lihat dengan OxygenOS semasa Carl Pei bersama OnePlus.

Kita nantikan pelancarannya Julai ini. Apakah kehebatannya tertinggal dalam hype atau benar-benar handal?

Gambar utama: MKBHD

Baca juga:

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts