by Oh! Semput
Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menegaskan bahawa beliau tidak berminat menyertai Kabinet meskipun menang jawatan Timbalan Presiden PKR pada Pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2025-2028 nanti.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook, beliau menjelaskan pendirian itu bukanlah baharu, malah pernah menolak tawaran menjadi menteri selepas kemenangan Pakatan Harapan pada PRU ke-14.
Beliau turut menyentuh tindakan prinsipalnya meletakkan jawatan dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 2018 kerana tidak bersetuju dengan pendirian Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu.
Artikel lain: Nurul Izzah jawab tuduhan ‘parti anak beranak’, sah tanding Timbalan Presiden PKR
Mengulas spekulasi mengenai pencalonannya, Nurul Izzah mengesahkan akan bertanding jawatan nombor dua parti itu selepas mengambil kira pelbagai pandangan termasuk dari akar umbi.
Katanya, walaupun menyedari wujud kebimbangan ia boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap parti, beliau tetap yakin dan komited untuk terus memperkukuh KEADILAN dari dalam, bukan melalui jawatan dalam kerajaan.
Difahamkan, Nurul Izzah sudahpun menghantar borang pencalonan untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden PKR tersebut dan beliau dicabar Menteri Ekonomi, Datuk Rafizi Ibrahim bagi mengekalkan jawatan yang disandang olehnya sebelum ini.
: Facebook Nurul Izzah Anwar