NVIDIA DLSS 5 Dilancarkan Untuk GPU RTX 50-Series – Bakal Disokong RTX 40-Series

by Oh! Semput


2
SHARES
23
VIEWS
Posted on 05 Sep 2026 07:00:57

Minggu ini NVIDIA secara rasmi melancarkan sistem Deep Learning Super Sampling (DLSS) 5 yang boleh menghasilkan grafik yang kelihatan lebih realistik menerusi bantuan kecerdasan buatan (AI). Ciri yang diumumkan pada Mac lalu kini disokong pada kad grafik RTX 50-Series dengan pihak NVIDIA mengesahkan ia akan turut boleh digunakan pada RTX 40-Series di masa hadapan.

Permainan pertama menerima sokongan rasmi DLSS 5 ialah NBA 2K7. NVIDIA bekerjasama dengan Visual Concept bagi menghasilkan pengalaman terbaik DLSS 5 apabila NBA 2K27 dijalankan pada sebuah PC.

DLSS kini boleh digunakan pada GPU GeForce RTX 50-Series, komputer riba RTX 50-Series dan GeForce NOW. DLSS 5 dioptimumkan untuk teras Tensor generasi kelima “Blackwell”, manakala sokongan untuk teras Tensor generasi keempat “Ada Lovelace” masih sedang dioptimumkan. Sungguhpun begitu komuniti mod PC telah berjaya mengaktifkan ciri ini pada RTX 40-Series secara tidak rasmi serta pada beberapa kad AMD.

Antara studio yang mengesahkan sokongan DLSS 5 ialah Bethesda, CAPCOM, Hotta Studio, NetEase, NCSOFT, S-GAME, Tencent, Ubisoft dan Warner Bros. Games. Permainan akan menyokongnya pula ialah AION 2, Assassin’s Creed Shadows, Black State, CINDER CITY, Delta Force, Hogwarts Legacy, Justice, NARAKA: BLADEPOINT, NTE: Neverness to Everness, Phantom Blade Zero, Resident Evil™ Requiem, Sea of Remnants, Starfield, The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered, dan Where Winds Meet.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts