NVIDIA Memperkenalkan Platform Komputer Kerdil Dikuasakan RTX Spark – Dua Model Kini Di Pasaran Tempatan

by Oh! Semput


4
SHARES
52
VIEWS
Posted on 20 Nov 2026 14:00:49

Platform cip pemprosesan NVIDIA RTX Spark diperkenalkan pada pertengahan tahun ini sebagai cara untuk orang ramai dan juga syarikat-syarikat untuk meningkatkan prestasi pembangunan perisian dan perkhidmatan dan juga untuk memudahkan penggunaan perkhidmatan AI tidak kira di mana mereka berada.

Sebelum ini, platform NVIDIA RTX Spark hanya ditawarkan melalui rangka komputer riba, tetapi kini NVIDIA selesa menawarkan pilihan desktop kerdil pula, sama seperti apa yang ditawarkan melalui NVIDIA DGX Spark sebelum ini, dan komputer-komputer kerdil lain seperti Apple Mac Studio.

Jika anda musykil tentang mengapa RTX Spark kini ditawarkan dalam rekaan desktop sedangkan DGX Spark sudah tersedia, jawapan mudahnya ialah kerana RTX Spark dioptimasikan untuk digerakkan bersama-sama sistem operasi Microsoft Windows 11 for Arm, manakala DGX Spark pula menggerakkan sistem operasi NVIDIA DGX OS yang dibangunkan menggunakan sistem operasi Linux sebagai asas.

Untuk komputer kerdil NVIDIA RTX Spark, dua konfigurasi CPU dan sehingga lima konfigurasi memori LPDDR5X ditawarkan. Konfigurasi CPU termasuklah cip RTX Spark dengan 20 dan 18 teras Grace untuk komponen CPU, dan kedua-dua cip juga turut hadir dengan 6144 teras Blackwell untuk komponen GPU.

Model RTX Spark dengan 20 teras CPU hadir dengan pilihan memori LPDDR5X-9600 dari 24GB, 32GB, 64GB dan 128GB, manakala model 18 teras CPU pula hadir dengan pilihan konfigurasi 24GB dan 32GB.

Untuk pasaran Malaysia, kedua-dua ASUS dan GIGABYTE telah memperlihatkan penawaran komputer desktop NVIDIA RTX Spark mereka sendiri dengan ASUS ProArt GR1X dan juga GIGABYTE AI TOP AERO.

Bermula dengan ASUS ProArt GR1X, komputer ini hadir dalam rekaan rangka bersaiz padat dengan saiz 15cmx15cmx1.5cm dengan konfigurasi CPU NVIDIA RTX Spark dengan 20 teras Grace dan 6144 teras CUDA Blackwell dan konfigurasi memori LPDDR5X-9600 dan storan SSD PCIe 4.0 sebanyak 64GB dan juga 1TB.

ASUS ProArt GR1X merupakan pilihan komputer RTX Spark terbaru selepas pengumuman dan penjualan komputer riba ASUS ProArt P14 dan P16 sebelum ini. ASUS Malaysia mengatakan bahawa komputer riba ini kini mula ditawarkan di pasaran tempatan pada harga RM25,500, dengan konfigurasi lain bakal menyusul.

GIGABYTE AI TOP AERO juga sudah mula ditawarkan untuk pasaran tempatan. Siaran akhbar yang dihantar kepada kami oleh pihak GIGABYTE Malaysia memperlihatkan penawaran cip NVIDIA RTX Spark dengan spesifikasi penuh, termasuklah penggunaan memori LPDDR5X-9600 terbina sebanyak 128GB dan juga storan SSD PCIe 4.0 sebesar 4.0TB.

Walaupun komputer ini secara teknikalnya sudah mula dijual di sini. GIGABYTE Malaysia mengatakan bahawa tanda harga untuk komputer ini hanya didedahkan melalui pengedar perkakasan dan peranti GIGABYTE tempatan.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts