Obama Batal Pertemuan Dengan Duterte Selepas Presiden Filipina itu Gelarnya 'Anak Haram'

by Oh! Semput


HOME Posted on 06 Sep 2016 14:00:03





WASHINGTON, 6 Sep: Presiden Barack Obama membatalkan pertemuan yang dirancang dengan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte kata White House.

Pembatalan itu berlaku selepas Duterte menggelar Obama sebagai 'anak haram' beberapa jam sebelum itu.

"Anak haram, saya akan memaki hamun kamu di forum itu," kata Duterte kepada wartawan ketika ditanya mengenai rancangan Obama meluahkan kebimbangan berhubung kempen memerangi jenayah di Filipina yang sudah meragut lebih 2,400 nyawa.

Duterte berkata sedemikian susulan ikrarnya untuk tidak membenarkan pemimpin Amerika Syarikat itu mengajar beliau tentang hak asasi manusia.

Beberapa jam selepas itu, Obama membatalkan pertemuan tersebut.

"Sebaliknya, beliau akan bertemu Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye," kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara, Ned Price.

Obama sepatutnya bertemu Duterta hari ini pada sidang kemuncak serantau di Asia dan di tengah ketegangan berhubung pengaruh China yang semakin luas di Laut China Selatan.

BH Online

Siakap Keli News

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...