OnePlus Bullets Diperkenalkan – Fon Telinga Dengan Sokongan Kalis Air, Kawalan Magnetik

by Oh! Semput


HOME Posted on 16 May 2018 19:02:41


Bersama-sama pengenalan OnePlus 6, pihak OnePlus turut memperkenalkan sebuah fon telinga tanpa-wayar terbaru mereka, dinamakan OnePlus Bullets.

OnePlus Bullets

OnePlus Bullets hadir dengan sebuah ciri unik yang menawarkan kawalan berasaskan magnetik. Sekiranya pengguna menanggalkan dan menghubungkannya secara magnetik untuk disimpan, ia akan turut menghentikan muzik yang dimainkan. Menariknya, muzik berkenaan akan disambung apabila anda ia dipisahkan kembali. Namun, ciri ini unik ketika digunakan bersama OnePlus 5 dan terkini.

Selain daripadanya, ia turut hadir dengan sokongan kalis air dan peluh, selain menyertakan sokongan Google Assistant.

Untuk tujuan pengecasan, ia menawarkan sokongan pengecasan pantas, dimana pengecasan selama 10 minit akan menawarkan masa penggunaan selama 5 jam lamanya.

OnePlus mengatakan OnePlus Bullets menawarkan sokongan AptX untuk penawaran audio yang baik ketika dimainkan melaluinya.

OnePlus menyasarkan untuk menawarkan aksesori baru ini bermula bulan Jun kelak dibeberapa buah negara.

SUMBER ASAL


Norlida Ishak Shop
Leave a Comment:

Related News