OnePlus 6 Dilancarkan – Hadir Dengan Skrin Bertakuk, Kalis Percikkan Air, Memori Sehingga 8GB RAM

by Oh! Semput


HOME Posted on 16 May 2018 17:02:21


OnePlus hari ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka secara rasminya, iaitu OnePlus 6. Seperti kebiasaan, ia hadir dengan pelbagai penawaran spesifikasi terkini, selain turut mengikut trend terkini yang menyertakan rekaan skrin bertakuk.

OnePlus 6

OnePlus 6 hadir dengan skrin bersaiz 6.28-inci dengan nisbah skrin 19:9, dan menyertakan rekaan takuk pada bahagian atas. OnePlus 6 turut menyertakan cip Snapdragon 845, memori sehingga 8GB RAM, dan ruangan storan sehingga 256GB berasaskan UFS 2.1. OnePlus 6 menggunakan rekaan berasaskan kaca pada bahagian belakang.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah dwi-kamera belakang yang mengabungkan lensa 16-megapixel dan 20-megapixel. Kamera OnePlus 6 ini juga kini menawarkan sokongan rakaman video 4k 60fps, rakaman mod Potrait, dan juga integrasi sokongan penstabilan imej optikal.

Menjana peranti ini juga adalah bateri berkapasiti 3300mAh yang dilengkapi sokongan pengecasan pantas. Selain itu, ia menyertakan sokongan kalis percikkan air, dan Bluetooth 5.0. OnePlus 6 turut tidak melupakan bicu audio 3.5mm, selain pengimbas cap jari yang diletakkan dibahagian belakang.

OnePlus 6

OnePlus 6 ini menjalankan sistem operasi Oxygen OS berasaskan kepada Android Oreo. Menariknya, bagi anda yang berminat turut boleh memuat-turun dan mencuba Android P Beta pada peranti ini hari ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah OnePlus 6 akan memasuki pasaran tempatan. Kita mungkin akan dapat melihatnya diperkenalkan di Malaysia dalam tempoh terdekat ini.

SUMBER ASAL


Norlida Ishak Shop
Leave a Comment:

Related News