“Orang kata dia gay…” – Suami difitnah, Lufya padam ‘posting’ luahan perasaan di IG

by Oh! Semput


HOME Posted on 14 Sep 2019 11:04:16



Dalam rumah tangga ada pasang surutnya, sukar untuk kita menduga sejauh mana keutuhan bahtera perkahwinan yang dibina kerana ia berkaitan dengan soal hati dan perasaan.

Sejak semalam kecoh berkenaan isu konflik rumah tangga, pelakon Lufya bersama suaminya Dr. Che Muhammad Hafiz, selepas pelakon tersebut memuat naik satu status luahan perasaan.

Posting tersebut yang menceritakan krisis rumah tangganya, apabila pelakon itu mendakwa bahawa suaminya lari daripada tanggungjawab terhadap keluarga.

Bagaimana pun, Lufya telah memadam semula post tersebut kerana telah menimbulkan pelbagai fitnah terhadap suaminya, sehingga ada yang mendakwa suaminya meminati kaum sejenis.

” Lufya bertambah sedih apabila membaca komen-komen yang mengundang banyak fitnah terhadap dia (gay) dan lufya delete posting smlm untuk ketenteraman semua pihak…”

alt

Menurut Lufya, tindakannya yang sebelum ini adalah disebabkan dia sudah tidak mampu lagi untuk menyimpan tekanan yang dihadapinya.

“Sayang tak mungkin meletop tak tentu pasal…”

alt

Apa yang dimahukan sebagai seorang isteri adalah untuk disayangi dan dijaga, namun kini dia sehingga mempersoalkan bahawa adakah dirinya tidak layak lagi disayangi.

Bagi Lufya, dia cuba menjadi yang terbaik dan hanya mahu hidup dalam keadaan keluarga yang bahagia serta membesarkan anaknya dengan tertib yang betul.

Why is it so hard to do that?? Am i not worthy to be loved...?”

alt

alt

Diharapkan, Lufya dan suami dapat berbincang secara baik bagi membaiki semula hubungan mereka, kerana anak masih lagi kecil dan sangat memerlukan perhatian daripada kedua ibu bapanya.

: Lufya

Komen

's

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...