“Organ dalaman mungkin dimakan haiwan…” -Polis jawab spekulasi perut allahyarham Siti Masyitah terburai

by Oh! Semput


HOME Posted on 11 Feb 2019 14:00:06


Kes pembunuhan seorang pelajar darjah 5 yang dijumpai dibunuh di ladang kelapa sawit di Pekan, Pahang semalam terjawab apabila seorang lelaki berusia 23 tahun telah mengaku membunuh kanak-kanak tersebut.

Bermotifkan dendam dan marah kepada keluarga mangsa, merupakan sebab Siti Masyitah dibunuh kejam oleh suspek.

Menurut siasatan polis, hasil bedah siasat mendapati terdapat kecederaan di rahang kiri, bahagian atas tengkorak sebelah kiri dan belakang kepala allahyarham Siti Masyitah.

“Motif kejadian adalah dipercayai kerana dendam atau marah terhadap keluarga mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

alt

Menurut laporan polis, suspek yang merupakan warganegara Kemboja adalah kenalan keluarga mangsa dan tinggal sekampung dengannya.

Pada permulaannya, suspek hanya mendiamkan diri dan tidak mengaku dirinya adalah individu terakhir dilihat bersama mangsa, namun akhirnya mengaku terlibat dalam kehilangan mangsa.

alt

Walau bagaimanapun, pihak polis menafikan spekulasi netizen yang mengaitkan dengan penjualan organ mayat mangsa, berdasarkan mayat mangsa yang tidak dalam keadaan baik apabila perutnya terburai dan kepala tertanggal dari badan.

Namun, pihak berkuasa mengesyaki mayat mangsa yang terdedah dalam tempoh yang lama, mungkin boleh mengakibatkan diserang haiwan liar.

“Polis tidak menolak kemungkinan keadaan mayat yang tidak sempurna boleh diakibatkan oleh haiwan liar dan faktor mayat terdedah dalam tempoh masa yang panjang.”

alt

: Utusan Online

Komen

's

SUMBER ASAL


Norlida Ishak Shop
Leave a Comment:

Related News