P0LlS SlASAT BORANG RENTAS NEGERI KOSONG SUDAH DITANDATANGI YANG VIRAL DI MEDIA SOSIAL

by Oh! Semput


HOME Posted on 08 Apr 2021 12:31:46



 


Po.lis membuka kertas siasatan berhubung isu borang rentas negeri kosong yang sudah ditandatangani dan dicop oleh pihak berkuasa berkenaan seperti tular di laman sosial sejak Rabu.


Ketua Po.lis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, borang rentas negeri itu adalah dari Balai Po.lis Chukai, namun berlaku pen.ipuan pada tandatangan pegawai polis terbabit.


"Sias.atan awal dijalankan mendapati terdapat pema.lsuan tandatangan milik Ketua Pol.is Balai Polis Chukai, Inspektor Mohamad Ramizan Ramli pada borang itu," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.



Menurut Hanyan, kertas sias.atan dibuka di bawah Se.ksyen 468 Kanun Kes.eksaan kerana pem.alsuan bagi maksud hendak me.nipu dan Se.kyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar rangkaian atau perkhidmatan rangkaian).


Beliau berkata, borang rentas negeri itu diberikan kepada seorang wanita untuk ke Kuala Lumpur.



"Wanita ini mahu ke sana bagi menghadiri temu duga mendapatkan pekerjaan yang dijadualkan pada 8 April," katanya.


Pada Rabu, tular kemas kini di media sosial berhubung borang rentas negeri kosong bertandatangan dan cop dari Balai Po.lis Chukai dengan ayat 'Dapat info berbaru ialah 'approve' dulu baru isi 'form'.

: sinar harian

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News