by Oh! Semput
Pelakon Elisya Sandha tampil menjelaskan mengenai isu pemakaiannya yang mengundang kecaman ketika menyertai acara kecergasan Hyrox di Bangkok, Thailand baru-baru ini.
Ketika ditemui media, Elisya atau nama lengkapnya Nur Elisya Sandha Hassan, 27, berkata pemilihan pakaian tersebut dibuat selepas berbincang dan merancang bersama rakan-rakannya yang turut menyertai acara berkenaan.
Menurut Elisya, dia sedar penampilannya ketika Hyrox mungkin akan mencuri perhatian dan menerima kritikan daripada sesetengah pihak.
Namun begitu, pelakon tersebut memilih untuk memberi fokus kepada pengalaman yang diperoleh bersama rakan-rakannya sepanjang menyertai pertandingan kecergasan itu.
Kawan-kawan saya yang sertai Hyrox nak pakai baju yang sama. Saya hanya ikut saja, mereka yang uruskan.
Saya tahu saya akan kene kecam sebab pemakaian tapi apa yang penting saya dapat pengalaman bersama kawan-kawan.
Kalau pergi latihan saya tidak pakai seksi pun. Saya pakai t-shirt biasa saja. Cuma sebab kita di Hyrox mestilah nak bersiap. Nak rasa macam atlet.
Elisya berkata demikian ketika ditemui di Balai Berita Bangsar.
Mengulas mengenai komen negatif yang diterima, Elisya berkata dia tidak terlalu mengambil hati dengan kritikan tersebut.
Menurutnya, perkara paling penting adalah dia sudah mendapatkan keizinan daripada suami terlebih dahulu sebelum menyertai acara Hyrox dengan pakaian berkenaan.
Saya tak terganggu pun dengan komen-komen itu semua. Yang paling penting saya dah minta izin suami.
Suami izinkan. Itu juga satu rezeki dapat suami yang terbuka.
Dalam masa sama, Elisya turut berkongsi pandangan suaminya mengenai soal menutup aurat.
Menurut Elisya, suaminya percaya keputusan untuk menjaga aurat seharusnya dibuat kerana tuntutan Allah dan bukannya semata-mata kerana mahu memenuhi pandangan atau kehendak orang lain.
Dia percaya yang kalau saya nak menutup aurat, saya buat untuk Allah bukan orang lain.
Penjelasan tersebut dibuat selepas penampilan Elisya ketika menyertai Hyrox di Bangkok menjadi perhatian dan mengundang pelbagai reaksi di media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Pakai Seksi Nak Rasa Macam Atlet, Elisya Sandha Perjelas Isu Baju Sendat – “Suami Saya Izinkan” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.