Pakar Dedah Cara Paling Mudah Kesan 'Deepfake' Pada Masa Sebenar

by Oh! Semput


4
SHARES
57
VIEWS
Posted on 10 Aug 2022 07:30:16

Sebuah sayrikat yang mempunyai kepakaran dalam kecerdasan buatan, pembelajaran mesin dan kejuruteraan teknologi, Metaphysic telah mendedahkan cara yang paling mudah untuk mengetahui sama ada seseorang itu menggunakan teknologi 'deepfake' (palsu asli) ataupun tidak.

Menurut Metaphysic, berdasarkan beberapa ujian yang dijalankan mereka didapati, teknologi deepfake hanya berkesan apabila seseorang itu menghadap secara berdepan.

Sebaliknya apabila pengguna itu berpaling ke sisi 90 darjah, teknologi deepfake tidak dapat mengikut bentuk rupa penggunanya dengan sempurna.

Sekaligus akan jelas kelihatan bahawa individu itu menggunakan teknologi deepfake dalam video itu pada masa sebenar.

Di bawah adalah beberapa contoh yang menunjukkan beberapa siri kegagalan deepfake yang menggunakan wajah artis dan tokoh ternama berdasarkan ujian yang dijalankan oleh Metaphysic .

Walaubagaimanapun, kecacatan teknologi deepfake ini dijangka akan ditambah baik pada masa hadapan sekaligus menyukarkan lagi industri keselamatan mengesan sesuatu yang benar dan palsu.

Sepertimana teknologi NeRF (Neural Radiance Fields) yang dibangunkan oleh Nvidia.

NeRF boleh menukarkan imej-imej 2D kepada pandangan 3D daripada koleksi foto-foto pegun.

: Metaphysic

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts