Pakatan Harapan: Perdana Menteri tidak akan sandang jawatan lain

by Oh! Semput


HOME Posted on 22 Apr 2018 16:00:48



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain, terutama jawatan Menteri Kewangan sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang pada pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sekali gus menubuhkan kerajaan.

Menerusi kenyataan bersama Majlis Pakatan Harapan menyatakan bahawa kerajaan baru PH juga akan menurunkan bilangan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) kepada tiga orang sahaja, lapor Astro Awani.

"Tanggungjawab lain akan diturunkan kepada kementerian-kementerian yang bersesuaian," kata kenyataan itu menerusi catatan di laman sosial Facebook PH.

Menurut Astro Awani, kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng.

Kenyataan itu turut menyebut, PH akan mereformasi peranan kabinet dan JPM secara keseluruhannya supaya sistem pentadbiran kabinet kolektif akan kembali diamalkan di negara ini.

"Demi rakyat dan negara, kami akan membentuk sebuah kabinet berwibawa, berpengalaman, berkelayakan dan berkemampuan agar membawa Malaysia ke satu arah yang betul serta makmur," katanya seperti ditukil Astro Awani.  

- Agensi berita/AQ/aq

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News