Pakej rangsangan ekonomi akan diumumkan kelak

by Oh! Semput


2
SHARES
24
VIEWS
Posted on 25 Feb 2020 11:02:37

Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng akui bertemu dengan Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan mengenai pakej rangsangan ekonomi. — Foto oleh Miera Zulyana
Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng akui bertemu dengan Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan mengenai pakej rangsangan ekonomi. — Foto oleh Miera Zulyana

KUALA LUMPUR, 25 Feb — Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan pakej rangsangan ekonomi akan diumumkan oleh beliau sebagai perdana menteri interim pada satu tarikh yang akan ditentukan kelak, kata bekas menteri kewangan Lim Guan Eng.

Menurutnya, pakej rangsangan tersebut yang pada awalnya dijadual diumumkan pada Khamis, 27 Februari, merupakan antara isu yang dibincangkan beliau dengan Dr Mahathir semasa pertemuan mereka pada pagi ini.

“Saya telah bertemu dengan Dr Mahathir pada pagi ini di pejabat beliau untuk berbincang tentang perkembangan politik negara. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah pakej rangsangan ekonomi yang akan diumumkan oleh Dr Mahathir untuk menangani kesan buruk global ke atas ekonomi Malaysia yang disebabkan penularan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan berkata Kementerian Kewangan telah memuktamadkan pakej rangsangan ekonomi tersebut pada Ahad, 23 Februari — hari terakhir beliau sebagai menteri kewangan — untuk dikemukakan kepada Dr Mahathir bagi kelulusan beliau pada hari berikutnya.

Bagaimanapun Dr Mahathir telah meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri ketujuh semalam (24 Februari). Yang di- Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menerima peletakan jawatan beliau kemudiannya berkenan melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri interim.

Seri Paduka atas nasihat Dr Mahathir turut berkenan menarik balik pelantikan semua menteri.

Dalam kenyataan tiga para semalam, Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Mohd Zuki Ali berkata semasa tempoh interim itu,  Dr Mahathir akan menguruskan pentadbiran negara sehingga perdana menteri baharu dilantik dan kabinet baharu dibentuk.

Malaysia adalah satu-satunya negara ASEAN yang merancang pakej rangsangan bagi menangani krisis Covid-19. Thailand mencadangkan pakej rangsangan ekonomi baharu kepada kabinet pada pertengahan Macl.

Pakej rangsangan ekonomi Malaysia itu akan menumpukan kepada sektor pelancongan, penggunaan dan pelaburan yang bertujuan merangsang perjalanan domestik yang terjejas akibat daripada penularan Covid-19. — Bernama

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts