Hak Palestin & Israel harus diiktiraf, kata K Shanmugam

by Oh! Semput


5
SHARES
59
VIEWS
Posted on 31 Dec 2017 12:00:35

SINGAPURA: Kedua-dua hak Palestin dan Israel harus diiktiraf.

Demikian menurut Menteri Ehwal Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam.

Encik Shanmugam berkata demikian semasa bercakap di luar satu acara kawasan undi malam ini (31 Dis), apabila ditanya pandangan beliau tentang keputusan Amerika Syarikat berhubung Baiktulmakdis.

Semasa undian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 21 Disember lalu, Singapura mengundi untuk menolak keputusan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.

"Saya tidak mahu membuat komen secara khusus berhubung keputusan Amerika Syarikat.

"Pendirian Singapura jelas menerusi undian yang dibuat semasa mesyuarat tergempar PBB.

"Kedua-dua Israel dan Palestin berhak. Singapura sudah bertahun-tahun lamanya berpegang kepada pendirian itu dan hak kedua-duanya mesti diiktiraf," kata Encik Shanmugam.

- CNA/NK/nk

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts