Anak Panda Kedua Zoo Negara Disahkan Betina

by Oh! Semput


2
SHARES
25
VIEWS
Posted on 20 Jan 2018 06:00:19

KUALA LUMPUR – Jantina anak kedua pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang yang dilahirkan di Zoo Negara pada 14 Januari lalu, disahkan betina.

Pengumuman mengenainya dibuat oleh Menteri Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang turut mengesahkan adik kepada Nuan Nuan itu kini seberat 190 gram, berbanding 150 gram ketika dilahirkan.

“Anak panda itu berada dalam keadaan sihat dan dijaga dengan baik oleh ibunya, Liang Liang menerusi pemantauan rapi pihak Zoo Negara.

“Saya harap anak panda ini akan terus sihat dan kita tidak sabar melawatnya,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Pada 21 Mei 2014, Malaysia menerima pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang dari Kerajaan China sebagai meraikan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Setahun selepas itu, Nuan Nuan yang juga anak pertama pasangan itu, dilahirkan pada 18 Ogos 2015 sebelum dihantar pulang ke China pada 14 November lalu sebagai memenuhi syarat perjanjian kedua-dua negara.

Dalam tempoh 15 bulan selepas kelahiran anak panda pertama, Liang Liang disahkan bunting sekali lagi dan dengan sendirinya mencatat sejarah Program Konservasi Panda Gergasi negara.

Liang Liang dilaporkan bunting selama 89 hari sebelum melahirkan anak keduanya. Buat masa ini, dua beranak itu masih dikuarantin oleh Zoo Negara. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts