Panduan untuk ibu bapa baru: Berapa kerap bayi baru lahir perlu menyusu?

by Oh! Semput


27
SHARES
355
VIEWS
Posted on 15 Dec 2017 05:03:14

Anda ibu bapa baru yang ada soalan tentang penyusuan susu ibu seperti berapa kerap kena menyusu bayi baru lahir? Semak jawapan dalam panduan ini.

Tahniah kepada anda kerana telah menjadi ibu bapa baru! Anda pasti letih kerana perlu bangun tengah malam menjaga dan menyusu bayi baru lahir anda, kan?

Lebih-lebih lagi jika anda membuat keputusan untuk memberi susu ibu. Lagipun, tak kiralah apa orang nak kata, keputusan untuk menyusu ataupun tidak adalah pilihan anda.

Anda pasti banyak soalan. Perlu tak bayi saya disendawakan? Mengapa bayi saya selalu muntah? Bagaimana nak tahu jika susu saya cukup untuk anak ke tidak? Tapi soalan yang paling biasa ditanya ialah: Berapa kerap saya perlu menyusu bayi baru lahir? 

Berapa kerap perlu saya menyusu bayi baru lahir?

Bayi baru lahir perlu menyusu secara on demand, iaitu mengikut permintaan mereka.  gambar: Babycenter

Bayi baru lahir perlu menyusu secara on demand, iaitu mengikut permintaan bayi anda. gambar: Babycenter

Bayi baru lahir sepatutnya diberi susu secara on demand iaitu mengikut permintaan bayi. Kenali corak penyusuan bayi anda dan cuba menyusukannya sebelum dia terlalu lapar.

Ini kerana anda berdua masih sedang menyesuaikan diri dengan penyusuan susu badan. Adalah lebih senang untuk menyusu bayi baru lahir yang tenang berbanding bayi yang menangis kelaparan.

Corak penyusuan setiap bayi tidak sama, tapi jangan bimbang, anda akan lebih biasa dengan corak ini selepas beberapa minggu.

Panduan kekerapan menyusu bayi baru lahir 

1. Minggu pertama

menyusu bayi baru lahir

  • Anda sepatutnya menyusu bayi baru lahir sekurang-kurangnya 10-12 kali setiap hari.
  • Biar bayi anda menyusu sehingga dia puas dan selagi dia masih menghisap secara aktif. Tukar ke payudara lain apabila satu payudara telah dikosongkan.
  • Bangunkan bayi anda setiap 2 jam pada waktu siang untuk menyusu.
  • Pada waktu malam pula, bangunkan bayi anda setiap 4 jam untuk menyusu atau apabila dia memerlukannya.

2. Minggu ke-2 – 6

  • Apabila bayi anda semakin besar, anda bolehlah mengurangkan kekerapan menyusu dalam sehari ke sekitar 8 hingga 12 kali. Sesetengah bayi masih perlu menyusu setiap 2 jam, jadi ikutlah naluri diri dan terus menyusu mengikut permintaan bayi anda. 

Berapa lama saya perlu menyusu bayi baru lahir?

Anda masih perlu menyusu bayi baru lahir secara on demand. Ini juga bermaksud bayi anda akan menentukan berapa lama dia menyusu, selagi masih perlu.

Jika ibu menamatkan sesi penyusuan terlalu awal, bayi anda akan menangis jika dia belum puas minum lagi. Biasanya seorang ibu akan menyusu bayi baru lahir selama 20-30 minit, namun ini masih bergantung kepada tahap kelaparan bayi anda. 

Tanda-tanda bayi anda lapar

menyusu bayi baru lahir

“Rooting”, tanda bayi anda lapar. gambar: Youtube

  1. Rooting – apabila anda menyentuh pipi bayi anda, dan dia berpaling untuk mencari puting ibu
  2. Membuka dan menutup mulut
  3. Memukul dada atau lengan ibu berulang kali
  4. Menarik pakaian ibu
  5. Menghisap tangan, jari kaki, atau pakaian
  6. Bayi akan menangis sebagai langkah terakhir 

Jangan tunggu terlalu lama sebelum menyusu bayi baru lahir dan kalau boleh jangan tunggu hingga bayi menangis. Ini hanya akan menyebabkan ibu baru lebih stres ataupun ia akan menjadi lebih susah untuk menyusu.

Tips berguna untuk ibu yang mahu menyusu bayi baru lahir

  1. Kosongkan payudara anda sepenuhnya sebelum bertukar kepada payudara yang lain.
  2. Menyusu dengan kerap atau untuk masa yang lama adalah normal.
  3. Pada mulanya najis bayi baru lahir berwarna hitam. Ia akan bertukar jadi coklat dan akhirnya berwarna kuning macam sos mustard.
  4. Menyusu dengan kerap pada waktu malam juga perkara biasa. Bayi anda akan tahan lebih lama tanpa menyusu. Ini biasanya berlaku apabila bayi sedang mengalami peningkatan pertumbuhan.
  5. Apabila bayi anda sudah puas menyusu, dia akan melepaskan puting ibu ataupun kurang menghisap. Dia juga boleh tertidur selepas menyusu. Ibu boleh cuba menyusu dari payudara yang lain jika dia terbangun dan masih ingin menyusu.
  6. Jangan percaya petua menyusu dengan masa yang pendek boleh membantu puting yang sakit dan pecah. Jangan lupa kalau sesi penyususan anak terlalu pendek, dia perlu menyusu lebih kerap. Apabila anda tidak mengosongkan payudara semasa menyusu, ini boleh menyebabkan masalah lain seperti payudara kembang.

Kurang susu ibu

Berat badan yang tidak naik adalah tanda bayi anda tidak mendapat susu yang secukupnya,  gambar: Wikimedia

Berat badan yang tidak naik adalah tanda bayi anda tidak mendapat susu yang secukupnya. gambar: Wikimedia

Malangnya, ada juga ibu yang kekurangan susu. Jika bayi anda selalu menangis kelaparan walaupun selepas menyusu banyak kali, ada kemungkinan dia tidak cukup susu.

Di bawah adalah 2 cara biasa untuk mengetahui jika bayi anda mendapat susu yang secukupnya atau tidak:

1. Tidak naik berat badan

  • Jika berat badan bayi anda tidak bertambah, anda mungkin perlu mendapat nasihat doktor atau pakar laktasi.

2. Lampin basah/kotor

  • Bayi anda sepatutnya menghasilkan lampin basah/kotor mengikut umur dia. Pada hari pertama dia sepatutnya menghasilkan sekurang-kurangnya satu lampin; hari ke-dua dua lampin, dan sebagainya.

Jika ibu bapa mempunyai sebarang pertanyaan, jangan malu untuk bertanya dengan doktor anda. Mereka sedia membantu dan memberi nasihat.

: Check Pregnancy

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Wanita Ini Tidak Tahu Bayinya Kebuluran Walaupun Selepas Menyusu Badan

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts