Isu Panggilan Kakak, Elfira Loy Belum Biasa Dipanggil Mama

by Oh! Semput


HOME Posted on 04 Dec 2019 02:00:04



Sebelum ini Elfira Loy mengakui masih tersasul membahasakan dirinya sebagai kakak dan seakan tidak percaya bahawa kini sudah menjadi ibu. Mengulas mengenai isu tersebut, Elfira berkata perkara itu bukanlah perkara serius yang perlu diviralkan.

Jelasnya lagi, anaknya itu adalah kehadiran bayi pertama dalam keluarga dan masih cuba untuk menyesuaikan panggilan baru kerana sudah terbiasa dengan panggilan kakak sebelum ini.

BACA: Elfira Loy Dedah Rahsia Turun 17 Kg Lepas Bersalin

“Mengenai isu itu, tiada apa-apa serius yang perlu diviralkan, ahli keluarga saya semuanya sedang menyesuaikan diri dengan kehadiran bayi dalam keluarga kami. Saya tidak pernah ada anak buah dan tidak pernah dipanggil ‘mama’ atau ‘aunty EL’.

“Selama baby dalam perut pun saya selalu bercakap dengan kucing saya dan bahasakan diri sebagai kakak. Perkataan kakak tu sudah terbiasa membuatkan saya selalu gunakan perkataan itu,” katanya.

Hampir dua bulan bergelar ibu, Elfira Loy berkata dia tidak menghalang sesiapa sahaja yang mendekati anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf dan lebih memilih untuk menjaga hati.

Bagaimanapun, Elfira berkata dia agak risau dan masih menitik beratkan kesihatan anaknya, namun ibu bapa perlu lebih bijak memainkan peranan dalam menjaga kebersihan anak masing-masing.

“Tak adalah setiap kali orang datang nak peluk cium dia saya nak kena beritahu pasal benda itu atau menghalang mereka. Benda begini sudah berleluasa dan mereka semua pun dah tahu baby masih fragile dan kita tak tahu kalau dia ada kulit sensitif atau apa.

“Saya cuma harap mereka faham dan ada saja yang datang, pegang dan cium dia tapi kalau saya cakap nanti buat mereka sakit hati pula. Jadi apa yang selalunya saya buat, terus cuci tangan dan muka anak saya,” katanya

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...