Paramount Akhirnya Bakal Ambil Alih Warner Bros. Discovery

by Oh! Semput


4
SHARES
46
VIEWS
Posted on 02 Mar 2026 00:30:22

Paramount Skydance bakal mengambil alih Warner Bros. Discovery (WBD) melalui perjanjian penggabungan bernilai sekitar AS$110 bilion.

Sebelum ini, WBD pernah menandatangani perjanjian bernilai kira-kira AS$82.7 bilion untuk menggabungkan sebahagian perniagaan (Warner Bros.) dengan Netflix.

Namun, Paramount meneruskan usaha pengambilalihan secara agresif melalui beberapa tawaran susulan. Usaha tersebut akhirnya membuahkan hasil apabila WBD menilai tawaran terakhir daripada Paramount sebagai lebih baik berbanding perjanjian dengan Netflix. Netflix pula memutuskan untuk tidak menyamai tawaran Paramount kerana dianggap tidak lagi menarik dari segi kewangan.

Melalui perjanjian baharu ini, Paramount akan memperoleh 100% pegangan WBD pada harga AS$31 sesaham secara tunai. Lembaga Pengarah kedua-dua syarikat telah meluluskan urus niaga ini secara sebulat suara, dan ia dijangka dimuktamadkan sekitar suku ketiga 2026, tertakluk kepada kelulusan pengawal selia serta pemegang saham.

Paramount juga bersetuju menanggung yuran pembatalan AS$2.8 bilion yang perlu dibayar kepada Netflix, yang menurut laporan Bloomberg telah pun diselesaikan.

Gabungan ini bakal mewujudkan sebuah syarikat media gergasi, menyatukan studio, saluran televisyen linear, perkhidmatan penstriman serta segmen permainan milik WBD di bawah naungan Paramount.

Menurut kenyataan syarikat, gabungan ini akan menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna melalui platform penstriman utama, disokong portfolio harta intelek yang melahirkan francais popular seperti Game of Thrones, Mission: Impossible, Harry Potter, Top Gun, DC Universe, dan SpongeBob SquarePants.

{suggest}

Paramount Akhirnya Bakal Ambil Alih Warner Bros. Discovery WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts