Ahli Parlimen PKR keluar parti sertai parti baru Shafie Apdal

by Oh! Semput


16
SHARES
212
VIEWS
Posted on 22 Sep 2016 08:00:53

AHLI Parlimen Penampang dilaporkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat, PKR untuk menyertai parti baru yang diterajui bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.

Darell Leiking dilaporkan sudah keluar parti baru-baru ini, namun sengaja tidak mengumumkannya kerana enggan dijadikan isu besar oleh pihak tertentu.

Menurutnya lagi, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan beliau menghormati pendiriannya selepas berbincang dan bertukar-tukar pendapat.


Ahli parlimen penggal pertama yang juga merupakan mantan Naib Presiden PKR itu juga dilaporkan telah memaklumkan perkara itu kepada pimpinan lain tentang perletakan jawatannya.

Leiking berhasrat untuk bergabung tenaga bersama Shafie dan pimpinan parti pembangkang lain di Sabah bagi menumbangkan Barisan Nasional.

Shafie Apdal hari ini dilaporkan ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan, ROS di Putrajaya untuk membincangkan tentang mengambilalih sebuah parti berbilang bangsa dari Sabah.

Turut hadir bersama beliau Ahli Parlimen Penampang, dan Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Sulabayan Datuk Jaujan Sumbakong yang telah meninggalkan Umno. — EdisiRakyat.com, 22 September 2016

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts