Parlimen lulus 29 Rang Undang-Undang tahun ini

by Oh! Semput


8
SHARES
103
VIEWS
Posted on 21 Dec 2016 12:01:29

KUALA LUMPUR: Sebanyak 29 Rang Undang-Undang diluluskan di Parlimen selepas mesyuarat Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi penggal keempat Parlimen Ke-13 berakhir hari ini.

Dewan Negara bersidang selama 27 hari, manakala Dewan Rakyat selama 53 hari.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata sepanjang tempoh persidangan, Ahli Parlimen mengambil bahagian secara aktif dalam semua sesi perbahasan.

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said. – Foto Abdullah Yusof

Beliau berkata, sebanyak 3,897 pertanyaan lisan dan 1,622 pertanyaan bukan lisan dikemukakan di Dewan Rakyat, manakala Dewan Negara menerima 2,404 pertanyaan lisan dan 300 pertanyaan bukan lisan.

“Diharapkan Ahli Parlimen terus menjaga prestij dewan yang mulia ini dengan tidak menyalahgunakan kekebalan serta menampilkan perbahasan yang berkualiti khususnya membabitkan rakyat keseluruhannya,” katanya.

Category: Semasa


SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts