Parlimen: Penjualan nombor plat khas jana lebih pendapatan kepada kerajaan

by Oh! Semput


3
SHARES
40
VIEWS
Posted on 19 Nov 2018 05:02:11

19 November 2018 11:44 AM

KUALA LUMPUR - Penjualan nombor plat khas kenderaan yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan kerajaan bakal menjana lebih pendapatan kepada tabung kerajaan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Mengambil contoh nombor siri plat 'Malaysia' yang diperkenal Ogos lalu, beliau berkata, kerajaan menjana RM13 juta hasil penjualan nombor siri itu.

"Bagi nombor siri 'Malaysia 1' sahaja, kerajaan menjana RM1,111,111," katanya menjawab soalan  Ma'mun Sulaiman (Warisan-Kalabakan) dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini. 

Ma'mun bertanya sama ada nombor pendaftaran kenderaan istimewa yang selalu mendapat permintaan tinggi dapat dikenakan harga siling dalam pembelian terbuka kepada orang ramai.

Anthony turut mengulangi bahawa nombor pendaftaran khas tidak lagi akan diberi kepada badan bukan kerajaan (NGO) atau pihak persendirian.

Katanya, dasar baharu menetapkan semua nombor pendaftaran khas akan dikeluarkan oleh JPJ dan kerajaan sahaja.

"Sebelum ini apabila mereka (NGO dan persendirian) membuat permohonan, kerajaan benarkan mereka bayar RM1 juta kepada kerajaan padahal satu siri nombor boleh menjana mungkin RM10 juta dan itu menyebabkan kerajaan ketirisan RM9 juta," katanya sambil menegaskan kerajaan tidak bercadang menetapkan harga siling bagi nombor pendaftaran kenderaan. - Bernama

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts