Paru2 dah teruk masih menipu, doktor terduduk pesakit tak jujur sah positif Covid-19

by Oh! Semput


HOME Posted on 26 Mar 2020 16:05:06



Sejak penularan Covid-19 semakin berleluasa, ada sahaja cerita menjengkelkan keluar di media sosial berkenaan sesetengah individu yang bersikap mementingkan diri apabila menipu dalam pemeriksaan kesihatan.

Hal ini bukan sahaja mengakibatkan petugas kesihatan terpaksa dikuarantin, lebih sedih lagi apabila mereka turut dijangkiti wabak maut tanpa disedari.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook dan juga doktor perubatan iaitu Dr Ahmand Samhan, dia menceritakan perihal situasi genting yang dihadapi oleh sahabatnya kerana terpaksa dikuarantin disebabkan seorang pesakit tidak mengaku mempunyai kontak rapat dengan mereka yang menyertai jemaah tabligh di Sri Petaling.

alt

alt

Walaupun kondisi lelaki itu begitu teruk apabila paru-parunya di X-ray, namun dia masih berkeras tidak mengakuinya. Sehinggalah dia dimasukkan ke wad pesakit biasa dan dia mengakui mempunyai kontak rapat kepada doktor pakar.

Menerusi doktor itu lagi, sahabatnya terduduk apabila mengetahui hal itu kerana bukan dia sahaja yang terpaksa dikuarantin, malahan lebih 10 orang jururawat staf dan pesakit yang berada di katil sebelah turut perlu dikuarantin.

alt

alt

Kisah yang diceritakan oleh Doktor Ahmad Samhan ini benar-benar merobek hati para pembaca dengan kedegilan dan sikap tidak jujur  individu itu sehingga menyebabkan ramai insan lain mengalami nasib yang sama.

alt

alt

Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut mengakui berasa geram dengan sikap mementingkan diri pesakit positif Covid-19 yang diceritakan.

Mereka juga berharap agar barisan frontliner terus bersabar dan sentiasa berhati-hati ketika dalam tugas agar kejadian tidak diingini berlaku walaupun bukan datangnya daripada mereka.

alt

alt

alt

: Dr Ahmad Samhan

's

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...