Anak pasangan suami isteri maut dalam kemalangan koma

by Oh! Semput


4
SHARES
49
VIEWS
Posted on 21 Dec 2016 12:01:29

Anak sulung kepada sepasang suami isteri yang maut dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan di Kilometer 371.9 Lebuhraya Utara-Selatan semalam kini berada dalam keadaan koma di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

Dalam insiden kira-kira pukul 3.30 petang itu, Ridzuan Abdul Rajak, 33, dan isterinya Intan Maizura Aidul Badri, 34, maut manakala anak mereka Mia Dhelisya Ridzuan, 6, Ayra Batrisya, 4, dan Rania Elysya, 2, cedera parah.

Abu Bakar Baharom, 36, adik ipar kepada Intan Maizura berkata beliau
dimaklumkan oleh doktor bahawa Mia Dhelisya masih tidak sedarkan diri dan tulang rusuknya patah.

“Sebelah buah pinggang Mia Dhelisya mungkin rosak, namun kami masih lagi menunggu keputusan daripada doktor pakar. Ayra Batrisya mengalami patah kaki dan cedera di bahagian muka manakala Rania Elysya pula patah kedua-dua belah kaki serta luka di kepala,” katanya ketika ditemui pemberita di hospital itu.

Menurut Abu Bakar, anak sulung pasangan itu enggan pulang ke rumah mereka di Shah Alam, Selangor semalam, tetapi terpaksa memandangkan cuti Intan Maizura sudah habis dan perlu bertugas semula.

“Sepatutnya keluarga itu bertolak dari kampung (Taiping) ke Shah Alam pada sebelah petang tetapi diawalkan ke tengah hari. Mia Dhelisya merengek-rengek tak mahu balik sebab nak tunggu isteri saya balik dari kerja,” katanya.

Ditanya mengenai hak penjagaan tiga beradik yatim piatu itu, Abu Bakar
berkata keluarganya masih belum berbincang mengenai perkara itu.

Jenazah pasangan suami isteri itu selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Balun dekat Slim River kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.

Dalam insiden itu, tiga lagi mangsa cedera parah dan tiga cedera ringan
apabila sebuah lori tangki dari arah selatan menghala ke utara hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar kenderaan lain.

Selain lori tangki, kemalangan itu turut membabitkan tiga buah lori yang
membawa muatan tayar, ikan dan kayu balak serta empat buah kereta jenis Proton Exora, Alfa Romeo, BMW dan Honda City. -Bernama

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts