Patutlah bas ekspress mudah terlibat dalam kemalangan

by Oh! Semput


8
SHARES
109
VIEWS
Posted on 07 Jul 2017 08:01:22

Saya sebagai pengkaji selidik kemalangan persendirian,ingin bersuara sedikit mengenai SPAD. Saya rasa semua rakyat Malaysia faham maksud SPAD. Maksudnya : Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Adakah SPAD ini faham tentang pengangkutan awam? Kadang-kadang saya melihat lori pun SPAD tahan.

Saya memang menyokong SPAD. SPAD menggantikan LPKP. Dulu nama LPKP cukup cantik, tetapi sayang tidak aktif macam SPAD sekarang. Maksud LPKP: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan. Apabila nama LPKP barulah boleh kacau semua jenis kenderaan yang berdaftar.

Kenapa LPKP ditukar kepada SPAD?.Ceritanya dulu bas di Malaysia ini kerap berlakunya kemalangan. Sebab itu LPKP ditukar kepada SPAD.Kononnya SPAD lebih baik dari LPKP. Apa yang saya lihat sama sahaja, sedikit pun tidak ada perubahan.

Sebab apa tidak ada perubahan? Sebabnya dari dulu sampailah sekarang, yang dipantau hanyalah pemandu-pemandu bas ekpress. Bukannya pengusaha-pengusaha bas ekpress. Adakah pihak SPAD membuat kajian menyeluruh atau mengikut kajian dan fikiran sendiri sahaja?

Saya melihat di Malaysia ini jabatan-jabatan dan agensi-agensi yang ditubuhkan. Tetapi semua tidak memberi hasil yang terbaik. Kerana apa?

Semuanya kerana kuasa dan pangkat. Masing-masing berebut hendakkan nama sahaja. Sebab itu Akta Undang-Undang boleh dipinda dari tahun 1987 ke tahun 2010. Ini sudah terang-terang menampakkan berebut kuasa antara JPJ, PDRM, Puspakom, MIROS, JKJR dan SPAD.

Jikalau beginilah caranya sampai bila-bila pun tidak akan ada jalan penyelesaian yang terbaik.Sampai bila-bilalah pemandu bas kena tindas, sedangkan pengusaha mengaut ke untungan. Setelah saya membuat kajian.B anyak kelemahan yang ada.Saya akan beri contoh-contohnya.

1. Badan bas

Badan bas sekarang ini amat berbeza dari badan bas zaman dulu. Dulu bas semua injin di hadapan dan badan bas yang diperbuat dengan besi yang kukuh dan kuat. Sebab itu apabila berlakunya kemalangan, dia akan terhalang daripada besi tembus masuk ke dalam. Badan bas sekarang, enjin terletak di bahagian belakang bas. Di hadapan bas hanya fiber dan besi kosong. Jangan dikatakan terlanggar belakang lori. Saya raya rasa terlanggar tiang platform pun boleh pecah dan hancur.

2. Tayar

Bila hari perayaanlah baru ada pemeriksaan tayar. Jikalau tidak ada perayaan, pemandu memberitahu kepada penyelia syarikat. Penyelia syarikat menjawab dengan mudah sekali. Jalan dulu, tayar tidak ada sekarang.

3. Sistem brek

Sistem brek bas ini bergantung kepada angin.Apabila bocornya angin brek mungkin kurang berfungsi.Puspakom hanya periksa menggunakan mesin. JPJ menggunakan kepandaian. Sebenarnya tidak sama fungsi waktu bas berjalan dengan waktu bas berhenti. Sebab itu saya tidak benarkan kenderaan persendirian menyelit secara mengejut di hadapan bas. Sebab brek bas tidak sama fungsi dengan brek kereta.

4. Tali pinggang keledar

Tali pinggang keledar ini tidak boleh di pakai pada pinggang sahaja. Takut apabila bas membrek kecemasan. Badan penumpang terputus dua. Tali pinggang keledar mestilah letak silang dari bahu macam tali pinggang kereta.

5. Sistem GPS

Saya rasa SPAD telah mewajibkan bas ekspres dilengkapi dengan sistem GPS .Tetapi kenapa tidak diguna pakai? Tidak payah SPAD hendak buang duit minyak membuat rondaan dan speed trap di lebuh raya. Pasang saja screen tv di pejabat SPAD dan tulis dekat tepi screen tv itu nama syarikat bas. Cukup mudah kerja itu.

6. Saranan MIROS

Tadi adalah contoh dari bas. Sekarang saya bagi contoh pemandu bas. Adakah SPAD ada mengikuti peraturan seperti yang dibuat oleh MIROS?

i. Gaji pemandu bas

Kenapa pihak SPAD tidak pantau gaji pemandu bas? Adakah semua syarikat membayar gaji pokok RM900 mengikut sistem kerajaan syorkan? Manakala, selebihnya mengikut elaun trip. Saya rasa sekiranya pemandu bas diselaraskan gaji. Mungkin ini satu langkah yang baik.

ii. 8 jam pemanduan sehari dalam masa 24 jam

Adakah SPAD ada mengikuti peraturan tersebut? Adakah pihak SPAD ada menyemak buku log pemandu bas?

iii. 6 hari bekerja dalam masa seminggu

Adakah pihak SPAD ada memantau hari cuti pemandu bas? Mungkin hari biasa syarikat boleh beri cuti.Bila musim perayaan pemandu bas tidak mencukupi. Bila berlaku apa-apa, siapa yang dipersalahkan?

Pemandu bas ini sepatutnya dijaga kebajikkannya agar mereka tidak ada tekanan. Apabila mereka tidak ada tekanan, mereka memandu dan bekerja dengan seronok. Pemandu bas ini terlalu banyak tekanan seperti :

  • Berjauhan dengan keluarga
  • Tekanan dengan pihak berkuasa
  • Tekanan dengan penumpang
  • Tekanan dengan syarikat
  • Tekanan dengan keadaan persekitaran dan jugak dengan pemandu kenderaan persendirian.

7. Bukan sekadar mengaut keuntungan

Saya berharap agar SPAD dapat membuat kajian yang menyeluruh. Bukannya sekadar mangaut keuntungan dan menunding jari kepada satu pehak sahaja. SPAD ini sepatutnya bergabung dengan semua jabatan dan agensi yang lain.

Bernaunglah di bawah satu bumbung dan bekerjasama. Bertindak jangan ikut kuasa, keuntungan dan kepentingan.B arulah semua masaalah dapat diatasi.

: Zack Tpg

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts

Copyright © Oh! Semput 2018