Pawagam sedia kembali beroperasi tidak lama lagi, penerima vaksinasi lengkap saja akan dibenarkan masuk

by Oh! Semput


HOME Posted on 14 Sep 2021 13:31:50



 


Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas (GSC) Group, Koh Mei Lee berkata, pengunjung serta kakitangan pawagam juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa sepanjang berada di kawasan tersebut.

Menurut beliau, walaupun sudah lama tidak beroperasi, namun pengurusan GSC sentiasa memastikan semua fasiliti di pawagam dalam keadaan baik dan kakitangan yang akan melayan pelanggan nanti juga sudah menerima vaksinasi yang lengkap.

“Kami bersedia untuk beroperasi. Saya rasa masa terbaik adalah secepat mungkin kerana kami sudah bersedia untuk beroperasi.

“Kami selenggara pawagam kami mempunyai sekitar 97 peratus kakitangan yang diberi vaksin sepenuhnya. Saya ingin menekankan mengenai SOP yang ada.

“Pawagam selalu mempunyai SOP yang ketat tetapi untuk pembukaan semula ini, kami hanya akan membenarkan pelanggan yang diberi dua dos vaksin sahaja untuk masuk. Sijil digital MySejahtera akan menjadi syarat untuk masuk,” kata Mei Lee.

Tambah beliau, banyak negara sudah mula membenarkan pawagam beroperasi namun di Malaysia, keadaannya berbeza malah panggung wayang adalah yang pertama ditutup namun terakhir dibenarkan beroperasi semula.


Jelasnya kepada Astro AWANI pada Sabtu, setakat ini tiada kluster dari pawagam dan pembukaan semula pastinya memberi manfaat kepada lebih 20,000 kakitangan dalam industri tersebut.

“Rakyat Malaysia telah terkurung lebih dari setahun sekarang.

“Kami merayu agar panggung wayang dibuka kerana kami ingin memberi peluang kepada rakyat yang sudah divaksin penuh, satu tempat yang kosnya berpatutan dan selamat untuk hilangkan tekanan, bersantai dan sekali gus memenuhi kesihatan emosi dan mental mereka yang terjejas teruk selama ini.

“Saya juga ingin menekankan bahawa, kita adalah salah satu industri yang mempunyai SOP yang paling ketat,” ujarnya.

Sementara itu, Mei Lee juga berharap kerajaan mengecualikan cukai hiburan sekurang-kurangnya untuk tempoh dua tahun selepas mereka kembali beroperasi dan pengurangan cukai untuk tahun-tahun berikutnya.

“Industri pawagam adalah industri yang dikenakan cukai tinggi... sekarang cukai (dikenakan) adalah 25 peratus. Jika dapat menurunkannya menjadi lima peratus, seperti apa dilakukan kepada taman tema, ia bagus untuk kami.


Pawagam dibuka semula: GSC harap penonton patuh SOP

“Ia seperti Kerajaan Negeri Selangor yang telah membenarkan taman tema diberikan pengecualian cukai sehingga Februari 2022 dan beberapa tahun selepas itu, pengurangan cukai hiburan.

“Jika inisiatif sama diberikan kepada industri pawagam, saya rasa itu akan sangat membantu kami untuk pulih,” katanya.

: ASTR0 AWANl

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News