by Oh! Semput
Perkongsian pelakon Abby Abadi di Instagram kembali mencuri perhatian netizen apabila dia menjawab beberapa soalan pengikut berkaitan hubungan dengan bekas suami, Norman Hakim serta anak mereka, Marissa Dania.
Sebelum ini, umum mengetahui konflik antara Abby dan Norman yang beberapa kali menjadi perhatian ramai, terutama apabila membabitkan Marissa Dania.
Menerusi sesi soal jawab di Instagram Story, Abby turut ditanya mengenai hantaran Norman yang dipercayai berbentuk pantun.

Bagaimanapun, Abby enggan mengulas lanjut dan meminta individu tersebut bertanyakan perkara itu sendiri kepada Norman.
Dalam perkongsian lain, Abby memaklumkan dia sebenarnya menerima jemputan ke majlis sambutan hari jadi Marissa Dania yang dianjurkan Norman bersama isterinya, Memey Suhaiza.
Namun, Abby mengakui dia tidak mempunyai keinginan untuk hadir kerana berasakan dirinya sudah “kalah” dalam zaman media sosial dan kandungan digital ketika ini.
Selain itu, Abby turut menjelaskan tiga anak sulungnya kini sudah dewasa dan mampu berdikari, menyebabkan dia tidak lagi terlalu risau jika mereka lebih rapat dengan bapa mereka.
“Anak3 yg besar semua dah ada kaki, dah boleh berdiri atas kaki sendiri.. jadi sy tak risau dah.. dorg taknak dekat sypun takkpe., bapaknya kan dah kaya, masa ni la nk tunjuk dia bertanggungjawab
SUMBER ASAL
![]()
Leave a Comment:
Related News