RHB Bank Dan PayNet Lancar Dynamic DuitNow QR Soundbox Dengan Ciri Pad Kekunci

by Oh! Semput


15
SHARES
192
VIEWS
Posted on 06 Aug 2024 11:00:09

Kumpulan Perbankan RHB (“RHB” atau “Kumpulan RHB”), dengan kerjasama Payments Network Malaysia (“PayNet”), telah mengumumkan pelancaran Dynamic DuitNow QR (“DNQR”) Soundbox dengan ciri pad kekunci dalam usaha berterusan RHB untuk memerangi scam pembayaran.

Dynamic DNQR SoundBox adalah peranti inovatif serbaguna yang menyokong pembayaran QR statik dan dinamik.

Fungsi kalkulator terintegrasi mempercepat proses pembayaran, menjadikannya peranti yang bernilai untuk perniagaan dengan transaksi jumlah besar seperti perniagaan makanan dan minuman (F&B) dan perniagaan runcit.

RHB memperkenal DNQR Soundbox pada Disember 2023 lepas untuk melindungi urus niaga melalui notifikasi suara dan paparan semasa menerima pembayaran sambil membanteras penipuan.

Didorong oleh populariti peranti DNQR Soundbox, Kumpulan RHB telah mendaftar lebih daripada 600 peniaga baru dengan peranti Soundbox yang menyaksikan pertumbuhan eksponensial sebanyak 33%, iaitu daripada lebih daripada 260,000 transaksi DNQR kepada hampir 352,000 dalam tempoh lima bulan dan dari nilai transaksi RM12 juta kepada RM16 juta dalam tempoh yang sama.

{suggest}

: Siaran media RHB

RHB Bank Dan PayNet Lancar Dynamic DuitNow QR Soundbox Dengan Ciri Pad Kekunci WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts