"Rasa Pedih Sangat ..." - Pereka Fesyen Kutip Dana Beli Barang Dapur & Sewakan Khemah Untuk Frontliner

by Oh! Semput


HOME Posted on 27 Mar 2020 15:00:21



Amri Hassan
Viral

Pereka fesyen Rico Rinaldi mengambil inisiatif untuk mengutip dana bagi menyalurkan bantuan kepada petugas perubatan di Hospital Putrajaya.

Selain memberikan bantuan berbentuk barangan keperluan asas seperti beras, telur, minyak masak dan gula kepada frontliner, Rico turut menyewakan chalet modular kecemasan untuk menempatkan pesakit COVID-19 yang semakin bertambah bilangannya.

"CSR ini bermula pada hari kedua PKP, saya menghubungi Pengarah Hospital Putrajaya dan difahamkan mereka memerlukan bantuan daripada segi ruang.

"Selain itu dana yang berjaya dikutip untuk membekalkan barang keperluan asas kepada keluarga frontliner yang tidak sempat membeli.

"Antara lainnya juga, kami bekalkan toiletries sebab ada antara mereka (frontliner) yang tidak sempat balik rumah pun," katanya kepada Gempak.

Rico dengan bantuan rakan selebriti, rakan perniagaan dan kenalan Instagram telah menempatkan empat buah chalet modular kecemasan di Hospital Putrajaya untuk menempatkan triage pesakit COVID-19 supaya berasingan dengan pesakit lain.

Selain itu, pereka fesyen itu menyewakan 16 buah air cooler untuk kegunaan sebulan.

"Kesemuanya bernilai sekitar RM32,000 namun tempoh sewaan itu mungkin akan dilanjutkan memandangkan keadaan semasa yang semakin ramai pesakit," ujarnya.

Rico dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan seperti MEDTWEETMY, Youth Care dan 
My Fund Action masih aktif mengutip dana untuk terus menyalurkan bantuan.

Berkongsi cerita situasi pesakit di Hospital Putrajaya, kata Rico ia sangat mengharukan.

"Keadaan di sana sangat pedih... Dan apa yang kita cuba lakukan adalah bersiap sedia untuk berdepan dengan peningkatan jumlah pesakit akan datang.

"Namun, saya dinasihatkan untuk tidak menghampiri mana-mana hospital dalam tempoh terdekat.

"Paling sebak bila ada antara frontliner yang cakap; 'kalau kamu sakit nanti, siapa lagi nak tolong kami?'" cerita Rico.

Oleh itu, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
 

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...