98 pegawai imigresen negatif Covid-19

by Oh! Semput


HOME Posted on 23 May 2020 06:01:19



JABATAN Imigresen akan menggerakkan pegawai imigresen dari ibu pejabat dan negeri untuk mengambil alih kawalan serta pengurusan Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil, Kuala Lumpur, berikutan kemunculan kluster baharu wabak Covid-19 di kawasan itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, pengurusan depot tahanan itu kini dibantu pegawai imigresen Kuala Lumpur dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan memberi bantuan kawalan.

Beliau berkata, semua pegawai imigresen bertugas di depot tahanan itu ketika ini dikenakan kuarantin selama 14 hari di rumah sementara menunggu keputusan saringan Covid-19.

"Setakat ini, keputusan saringan Covid-19 terhadap 98 pegawai bertugas di Bukit Jalil didapati negatif dan semua mereka akan terus dikuarantin selama 14 hari.

"Selain itu, semua tahanan pendatang asing tanpa izin (Pati) di depot tahanan itu termasuk pegawai imigresen dan pembekal makanan akan menjalani saringan Covid-19 oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya, hari ini.

Khairul Dzaimee, berkata bagi tahanan yang positif Covid-19, mereka akan ditempatkan di pusat kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Dalam sidang media hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua tahanan dan petugas di depot tahanan imigresen Bukit Jalil dan Semenyih, Selangor akan menjalani ujian saringan Covid-19.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, ini akan membabitkan 1,200 tahanan di Bukit Jalil dan 1,600 tahanan di Semenyih.

Setakat ini, ujian saringan Covid-19 hanya akan dibuat di dua depoh ini, selepas tahanannya dikesan positif Covid-19.

Hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan sebanyak 25 kes dikesan di depot tahanan imigresen Bukit Jalil.

Semalam, KKM mengesan satu lagi kluster baharu membabitkan warga asing di depot tahanan imigresen berkenaan.

<p><li><a href="https://www.hmetro.com.my/covid-19/index.html"><b>Lagi berita berkaitan Covid-19</b></li>

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...