Kes pegawai kanan JPJ dibawa kembali ke mahkamah majistret

by Oh! Semput


5
SHARES
65
VIEWS
Posted on 21 Jul 2017 15:01:23

1/27/17
Ketua Hakim Negara Md Raus Sharif mengarahkan kes trafik Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Yusoff Ayob diremit semula ke mahkamah majistret.

“Kes dibawa balik ke mahkamah majistret.

"Bagaimana kamu boleh mengaku bersalah menggunakan wakil,” katanya dalam majlis hari raya di Istana Kehakiman, Putrajaya hari ini.
Pendaftar Mahkamah Persekutuan Latifah Mohd Tahir ketika ditemui mengesahkan perkara itu.

Tarikh sebutan kes ditetapkan pada 25 Julai ini.
Yusoff pada 18 Julai lalu, melalui pegawai khasnya, mengaku bersalah memandu di laluan kecemasan dan dijatuhi hukuman denda RM600.
Peguam terkenal Syahredzan Johan mempersoalkan langkah timbalan pendakwa raya tidak memaklumkan jawatan Yusof, yang mungkin menyebabkannya dihukum lebih berat.

Syahredzan berkata, Yusof sebagai seorang pegawai JPJ berpangkat tinggi sepatutnya mempunyai kewajipan lebih tinggi mematuhi undang-undang.
Malaysiakini

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts