TIGA penolong pegawai penguat kuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor direman lima hari hingga 23 Januari ini bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan sindiket daging sejuk beku import pada awal Disember lalu.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Johor Bahru Nur Fathiah Mohd Fedzir selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan kes menurut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.