Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Paloh Hinai, Anak Sulung Maklum Ibubapa Balik Kampung Secara Mengejut Awal Pagi

by Oh! Semput


7
SHARES
95
VIEWS
Posted on 27 May 2026 13:31:53

PEKAN: Suami isteri yang terkorban akibat kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 76, Jalan Kuantan - Segamat, dekat Paloh Hinai, di sini, dipercayai membuat keputusan untuk balik kampung menyambut Aidiladha secara mengejut awal pagi, tadi.

Menurut anak sulung pasangan terbabit, Muhammad Afiq Syah Lokman Ludza, 20, beliau menghubungi keluarganya jam 8 malam, bertanya jadual perjalanan bapa dan ibunya untuk balik kampung.

Bagaimanapun, ketika itu ibunya hanya memaklumkan belum membuat keputusan waktu pulang ke Jempol, Negeri Sembilan.

"Emak cuma cakap mungkin bergerak balik ke rumah nenek malam ini atau mungkin balik pagi esok. Tiada waktu ditetapkan ketika itu.

"Bagaimanapun kira-kira jam 4.30 pagi tadi, bapa saudara memaklumkan bapa dan emak meninggal dunia kerana kemalangan.

"Saya tidak tahu mereka bergerak balik kampung awal pagi tadi kerana sebelum itu emak hanya menyatakan belum membuat keputusan lagi," katanya ditemui di Unit Forensik, Hospital Pekan, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi tadi, Inspektor Syah Lokman Ludza Ramli, 50, serta isteri, Nurulfiza Ardiana Amba, 46, maut selepas kereta mereka bertembung dengan sebuah kereta lain di Paloh Hinai, di sini.

Akibat kemalangan itu, empat anak pasangan terbabit berusia 10 hingga 18 tahun cedera. Turut tercedera pasangan suami isteri dalam kereta lain.

Ketika kejadian, kenderaan dipandu Syah Lokman Ludza dalam perjalanan dari Kuantan ke Jempol.

Muhammad Afiq berkata, setiap kali menyambut Aidilfitri dan Aidiladha, mereka sekeluarga akan pulang ke kampung bapanya di Jempol.

Penuntut kolej Vokasional Chenor, di Maran dan sedang menjalani latihan amali di Jerantut, berkata dia pulang bersendirian ke rumah nenek menaiki kereta api.

"Saya tidak menjangkakan mereka balik kampung awal pagi tadi kerana semalam ayah masih bertugas," katanya.

Jenazah pasangan suami isteri terbabit dituntut waris selepas bedah siasat selesai di Unit Forensik, Hospital Pekan dan dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Raja Alias 2, Jempol. #BeritaHarian

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts